Wednesday, February 11, 2009

Jangan Kau Berahi Pada Buah Betik Itu

*ini bukan post yang lucah ye kawan-kawan

Pertama kali tiba di Terangganu aku begitu terkesima mendengar kawan-kawan dan para pelajar aku yang gemar menyebut perkataan berahi. Owh! Di kala itu aku merasakan begitu lucah sekali orang di Terengganu ni. Tetapi, mereka tidaklah menyebut perkataan tersebut sebagai BE-RA-HI. Perkataan tersebut disebut BRA-HI atau RUA_HI atau WA-HI atau UA-HI mengikut loghat pertuturan Terengganu.

Namun, itu sebenarnya tidak membawa maksud yang lucah. Di Terengganu, "berahi" bukan satu frasa perkataan yang membawa maksud sesuatu yang lucah atau yang boleh membawa kepada kelucahan melampau. Di sini, 'berahi' adalah seerti dengan 'suka' atau 'gemar'.

Jika kau bukan orang Terengganu, dan tidak fasih menutur loghat Terengganu, jangan sebarangan kau gunakan perkataan itu di Terengganu. Contoh, "Aku berahi betul lah dengan buah betik". Jika kau degil dan melakukan perkara sedemikian, nescaya kau akan menerima nasib seperti seorang pemuda Johor; atau sesuatu yang lebih buruk akan menimpa kau. Contoh ayat tadi harus berbunyi begini, "Kite wahi ngat ngang betik".

Atau juga, lebih senang sebenarnya kau (yang bukan orang Terengganu) berkata "Aku suka buah betik".

p/s: Makan betik bersama ultraman, silalah komen.

8 comments:

Umie said...

anak buah laki aku pernah berkata : ibu sungguh berahi dgn kepok sira nih...

respon aku masa tu :..????...berahi??? owh..nasib baik aku cpt pick up...terus logik berkata berahi = sgt2 suka.... nasib baik betul logik aku tuh..hehehe

lemon said...

aku berahi samaa lect bernama en roshaizulnizam....whoaaa????lucah2!hahaha~~jangan marah eaa...dalm bracket...(mengambil kira anda salah seorang lect yg sgt best)..tettttt...apa yg best tu??lalala~~

Anonymous said...

gua pon terkejut dengar hasni mengucapkan 'berahi' kepada seseorg...dan bermulalah gua tye mcm2 kat hasni...giler aa...

@cik helena, anda juga nampak lucah...hehehhe

Anonymous said...

umie,
hohohohohoh, semoga tidak terkejut lagi selepas ini

halena,
eh, engko jangan macam2

pais,
hasni memang sangat fasih berbahasa menggunakan loghat terengganu

lemon said...

ayat di atas tu,sila baca seperti loghat terengganu ok..lalala~~
sesungguhnya aku bukan lucah laa...
euwwwww...

zairi said...

tempik dalam bahasa jawa pun berahi jugak.

Anonymous said...

aku faham maksud tempik adalah "susuatu yang itu"
huhuhu

Anonymous said...

berahi dan betik adalah dua perkataan yang lucah sebenarnya bila digunakan bersama-sama.

(ex-psmza)