Pages

Monday, October 05, 2009

Buah Keranji



Sorong papan tarik papan,
Buah keranji dalam perahu,
Suruh makan saya makan,
Suruh mengaji saya tak tahu.

Pantun yang cukup popular. Tapi aku tidak tahu bagaimana rupa paras buah keranji itu. Hinggalah tatkala pulang ke Dungun dari Bandar Tenggara tempoh hari; melalui Jalan Kuantan - Segamat; di sekitar Muadzam Shah; orang asli menjualnya.

Mulanya aku tidak mahu berhenti. Tetapi setelah di desak oleh Pn. Nurul, terpaksalah juga berhenti dan membeli buah keranji itu dengan harga RM4 sebungkus. Aku beli dua bungkus.

Buahnya berkulit agak keras, dan seolah-olah disaluti lapisan baldu. Isinya seolah-olah asam jawa. Begitu juga dengan bijinya. Tetapi, ternyata buah keranji itu tidak kena dengan selera aku. Masam + manis + kelat rasanya.

Bagi pengetahuan kau, orang Terengganu memanggilnya sebagai buah kadeh.

8 comments:

adanz said...

owh masih ada lagi sisa inai itu! dulu2 buah ni kira mcm kuaci atau makanan ringan la....

♥ PinK HeL ♥ said...

owh....baru ku tahu buah keranji itu ialah buah kadeh...selama ni aku tak taw pun...huhu

orangkayabertaqwa said...

Buah Keranji Dalam Perahu,
Dulu Ayah Ijam Tak Jual Buah Keranji,
Suruh Mengaji Engkau Tak Tahu,
Sebab Sibuk Tolong Ayah Meniaga Buah..

hihihi... (pantun rekaan jer.. jgn marah encik ijam..)(nnt kena jual pulak..)

en_me said...

kadeh tewwww.. abang jam afasal gambar blur ghitewww..

me jumpa gambar lagi clear kat sinih:
Buah Keranji

zairi said...

makan cmana tu? beli banyak2, pn.nurul blasah suma?

haritz said...

kat belakang umah ni banyak buah keranji

roshaizul said...

adanz,
masih....

halena,
yah kah? isk..isk..isk

lukman,
memag bapak aku tak pernah jual buah ni

en_me,
kamera murah. tu gambar jadik blur. huhuhuhu

zairi,
aah, beliau suka masam-masam sekarang.

haritz,
bole aku buat kunjungan ke sana

Muhaimin said...

assalamualaikum...sy terjumpa blog encik ni...boleh la sy mengikuti yer..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin