Saturday, November 07, 2009

Negeri Sembilan Juara, Kelantan Pun Juara Juga

Berita terkini.

Negeri Sembilan juara Piala Malaysia 2009 menewaskan Kelantan 3-1. Tahniah Wan Jamak Wan Hassan, Idris Karim, Hairudin Omar, kembar Zaquan, dan para pemain Negeri Sembilan. Kau semua memang hebat.

Sudah lama kiranya aku tidak mengikuti perkembangan bolasepak Malaysia. Kali terakhir aku kira pada zaman Johor memang hebat dalam bolasepak pada era 90-an, zaman Salehan Md Som dan Boban.

Piala Malaysia tahun ini kelihatan begitu meriah. Barangkali kerana kemeriahan penyokong Kelantan. Mereka begitu bersemangat menyokong pasukan kijang mereka. Malah, 70% penonton perlawanan akhir ini adalah dari Kelantan.

Tapi, yang tak menariknya, ada sahaja balingan ke dalam padang oleh penyokong Kelantan. Hinggakan menggangu pemain tengah kanan Negeri Sembilan nak buat sepakan sudut. Juga, balingan itu telah mencederakan seorang jurukamera media.

Aku pasti hanya segelintir sahaja penyokong Kelantan yang "gedebe". Tapi, ternyata sikap yang segelintir itu menyebabkan ramai orang memandang serong kepada penyokong bolasepak Kelantan. Seperti seekor kerbau membawa lumpur, kerbau yang lain juga sama berlumpur.

Aku bukan anti-Kelantan. Ramai kawan-kawan aku orang Kelantan. Tapi aku anti mereka-mereka yang "gedebe' itu...

6 comments:

mazudi said...

Biarlaah.!
Ehh.. bukan dah pigi Johor ker?

AWANG said...

T-Team dapat Fair Play + Hairuddin orang Terengganu + Nor Farhan orang Terengganu / satu Negeri Sembilan x satu Kelantan x 100% dua-dua striker = Orang Terengganu tumpang tengok tumpang gembira.

TATA said...

tapi kalau khalid jamlus dimasukkan awal malam tu, jangan harap N.9 nak menang. sakit hati jugak bakpe sathia dok bagi KJ main keseluruhan 90 minit. masuk masa kedua nak wat mende, tak dok umphh doh waktu tu. Awang, tranun dok reti nok jaga hati rakyat dia, tu dua2 striker terlepas ke negeri lain. Hairudin tu rela kena pinjam dari T-Team dan ikut Tg Ampuan g N.9 he he he.

roshaizul said...

mazudi,
tak jadi. minggu depan

awang,
hidup ganu kite!

tata,
manusia punya asa, tuhan punya kuasa

hafisdn said...

aku sokong kelantan masuk akhir..wow. kerana usaha keras akhirnya masuk final juga. tapi...kalo masuk final asyik kalah je.baik xpayah masuk harhahrahr.

final Piala FA - kalah dgn selangor(aku fan selngor)

final Piala mesia - kalah dgn NS pulak.

pah ni jgn masuk la. tolong!hahrahr

lemon said...

aku tak minat bola sepak..haha..so aku tak sokong mana2 team pn...tapi org kelantan yg gedebe tu mmg memalukan..ish!!!!