Thursday, May 24, 2012

Laman web emel

Gambar di rakam di Pasar Manir.


http:www.daqar.@yahoo.com.my

Err... ini alamat emel atau alamat laman web?

Aku rasa ramai lagi yang masih keliru antara laman web dan emel.

Senang cakap. Laman web tu macam facebook. Kau akan taip http://www.facebook.com/ pada  browser kau.

Alamat emel. Macam kau login facebook. Kena masuk alamat emel kan kalau nak login facebook. Contoh. contohemelolehroshaizul@yahoo.com

Mudah bukan. Huhuhuhuhu

Wednesday, May 23, 2012

Pasar Manir

Manir. Tak jauh dari Pulau Rusa. Kalau dulu, sebelum ada jambatan Manir orang Pulau Rusa bersampan ke Manir. Kalau air sungai surut, boleh meranduk saja sungai.

Kini, sangat jarang untuk orang Pulau Rusa bersampan ke Manir. Jika ada pun sekadar untuk memancing. Dengan adanya jambatan Manir, orang Pulau Rusa mudah ke Manir. Terima kasih kerajaan Barisan Nasional! Hahahahaha.

Kalau masuk ke Manir, kau boleh tembus hingga ke Telemung, dalam daerah Hulu Terengganu.

Manir aku kira sangat unik. Kau boleh hampir apa sahaja di sini. Jarang ada 2 kedai yang jual barang yang sama. Setiap kedai mempunyai "niche" jualan yang tersendiri.

Kalau pun tiada barang yang kau kehendaki di kedai-kedai sekitar Manir, kau boleh saja tunggu hari Sabtu untuk membeli belah di Pasar Manir. Pasar ini dibuka setiap hari Sabtu. Macam-macam barang yang boleh kau jumpa. Kadang-kadang barang yang "rare" seperti kraftangan dan ayam kampung hidup kau boleh dapat di pasar ini.

Peniaga pasar ini memang ramai. Aku perhatikan peniaga di sini pacak je gerai diorang. Huhuhuhuu. Jadi, keadaan ada sedikit berserabut.

Kalau kau nak ke sini, aku nasihatkan untuk pergi seawal mungkin. Barangkali sekitar jam 7 pagi, bagi mengelakkan kesesakan. Kalau kau pergi jam 8, memang boleh demam nak cari parkir kereta. Huhuhuhuhu.

Apa-apa pun, layan gambar suasana pasar Manir.















Tuesday, May 22, 2012

Ikan Giant

Indah khabar dari rupa.

Hujung minggu lalu, aku ke pasaraya besar Giant Kuala Terengganu. Kebetulan ada urusan di situ, lalu kami memutuskan untuk membeli belah serba sedikit di situ.

Aku tidaklah gemar atau kerap ke Giant. Tapi, aku, sekali sekala suka beli roti perancis di Giant. Juga aku suka suasana kawasan jual sayur di Giant. Kemas dan bersih.

Sedang Pn. Nurul membelek-belek sayur, aku terpandang kawasan menjual ikan di Giant itu. Lalu, aku tergerak hati untuk hampir lebih dekat ke kawasan menjual ikan.



Ikan selar mata merah RM14! Fuyooo! Mata ikan selar itu lagi merah dari ikan selar yang dijual di pasar Bandar Tenggara. Umum mengetahui bahawa Bandar Tenggara terletak di kawasan dalam dan sangat jauh dari pantai/laut. Manakala kalau kau di Giant Kuala Terengganu angin pantai yang sepoi masih kau boleh rasa. Hahahahahaha

Paling tekejut mak (sila letakkan tangan dekat bahu dan lentikkan tangan itu dan juga badanmu), bawal yang sebesar separuh tangan aku harganya RM23! Fuyoooo!

Aku tak pasti ada tak orang nak beli. Huhuhuhuhu

Cerita lain. Dulu, masa aku tolong bapak aku di pasar borong Pandan, Johor Bharu, aku sering lihat peniaga ikan menyimpan dan mengawet ikan supaya ia tahan lama. Ikan yang tak habis dijual, mereka akan letakkan dalam tong yang diletakkan ais pada dasarnya. Ais itu kemudian ditabur garam. Kemudian, ikan diletakkan pada lapisan seterusnya. Lapisan ais-garam-ikan akan diulang sampai tong ikan penuh.

Kembali ke tajuk. Selepas Pn. Nurul selesai memilih sayur, kami ke kaunter bayaran. Di atas pintu keluar berhampiran kaunter bayaran, aku terlihat papan tanda ini.


Ikan dalam gambar tu nampak sangat segar! Fuyoooo!

Monday, May 21, 2012

Nasi Ayam Buyong Corner

Di Dungun, tiada lapangan terbang. Tapi ada Jalan Lapangan Terbang. Jalan Lapangan Terbang itu merupakan jalan menuju ke UiTM Dungun dari jalan besar Kuala Terengganu - Kuantan.

Amat jarang sekali sebelum ini untuk aku makan tengahari di sekitar gerai-gerai Jalan Lapangan Terbang. Tak tahu kenapa. Barangkali kurang menarik. Barangkali juga ia bukan laluan ke politeknik ataupun bandar Dungun.

Tapi, tempoh hari dengan sengaja, pada suatu petang aku melalui Jalan Lapangan Terbang. Lalu terpandang gerai ini. Tapi, kelihatannya para pekerjanya sedang berkemas. Lalu, beberapa hari kemudian, aku memutuskan untuk makan tengahari di situ.



Menu utamanya adalah nasi ayam. Tapi, kedai ini juga menjual makanan yang ada kaitan dengan sup dan ayam. Antaranya mee sup dan rojak ayam. Kami memasan nasi ayam dan rojak. Sebetulnya, aku masih dalam misi mencari tempe dalam rojak di negeri Terengganu. Adakah kedai ini akan menamatkan misi aku itu? Kita tunggu sambungan post ini.





Hahahahaha.

Sambung kat sini je. Aku malas nak buat post lain.



Seperti dijangkakan, rojaknya tiada tempe. Rasanya bolehlah. Sedikit manis dan kurang pedas. Tapi, ayam dia memang banyak. Ayam lebih banyak dari tepung. Fuh!

Nasi ayam dia pula boleh tahan. Takla rasa ajinomoto dengan kicap je. Kuantiti memang banyak. Boleh tak makan 2 hari lepas makan kat sini. Hahahahahha


Tu dia, ayam bergantungan. Aku tengok mamat yang potong ayam tu tak berhenti dari mula aku masuk kedai, sampai aku keluar kedai.


Tapi, aku ada rahsia dengan mamat potong ayam ni. Hahahahahaha

Aku rasa, kedai ini menjadi pilihan pelajar. Tidak hairan kerana harganya murah, kuantiti banyak dan servis dia memang cepat.


Kalau kau di Dungun, dan sangat lapar, kau boleh ke kedai ini...

Saturday, May 12, 2012

Ayam kampung masuk bandar.

Dulu, 5-6 tahun lepas, di Dungun sangat banyak kambing dan lembu berkeliaran. Bukan hanya berkeliaran di kebun-kebun dan ladang-ladang, malah mereka boleh berkeliaran ke taman-taman perumahan, tong sampah besar, jalan raya dan tidak ketinggalan pusat bandar. Pada aku, melihat keaadaan pada masa itu amat merimaskan. Ini kerana, kerapkali aku terpaksa membrek Iswara aku dengan kuat dan menginjak-injak pedal brek beberapa kali (ABS manual) untuk mengelakkan diri dari melanggar lembu yang tak pergi sekolah; sama macam tuannya. Hahahahahaha

Itu kisah lembu. Kambing pula pernah beberapa kali naik atas bumbung Iswara aku dan melompat-lompat di atasnya. Argh! Tapi takpe, aku sabar je la. Kambing tu tak pergi sekolah; sama macam tuannya. Hahahahah

Tapi, atas inisiatif transformasi kerajaan Majlis Daerah Dungn (MPD) ketika itu, jumlah kambing, lembu dan haiwan jinak yang berkeliaran semakin berkurangan. MPD telah menangkap haiwan jinak yang berkeliaran ini dan membuat lelongan awan terhadap haiwan terbabit. Jadi, bila MPD buat macam itu, pemilik-pemilik haiwan berkeliaran ini mula pergi sekolah dan menambat haiwan mereka di tempat sepatutnya. Hahahahah

Ini pula kisah ayam. Tempoh hari dalam perjalan pulang ke Pulau Rusa, aku terjumpa seekor ayam jantan sedang menggoda ayam betina, di persimpangan lampu isyarat Bukit Payong-Bukit Khor- Lebuhraya LPT. Sangat romantis kelihatannya. Juga, aku kagum bagaimana ayam-ayam itu boleh berjaya melintas di jalan yang sesak tanpa kecederaan. Ayam punya usaha, Allah punya kuasa!


Friday, May 11, 2012

Bank Simpanan Nasional - Perbankan tanpa cawangan

Di Dungun, aku rasa sangat leceh untuk berurusan di Maybank, Bank Islam dan Bank Simpanan Nasional. Kawasan di situ agak berserabut dan susah untuk memakir kenderaan. Barangkali setaraf dengan keadaan di Kuala Lumpur. Hahahahah.

Kalau Maybank, aku selesa berurusan keluar masuk duit melalui Maybank2u. Manakala, Bank Islam, oleh kerana ia bank gaji aku, jadi, duit di situ akan tinggal RM8 menjelang 26hb tiap-tiap bulan. Jadi, ia banyak transaksi keluar dan tiada transaksi masuk. Hahahahahah

BSN paling leceh, sebab aku tiada akaun BSN. Cuma, terkadang perlu menggunakannya untuk mengirim duit kepada orang tersayang. Jadi, terpaksalah aku melecehkan diri mencelah-celah di dalam kesesakan bandar Dungun. Tambah leceh bilamana BSN tiada mesin masuk duit. Jadi, urusan masuk duit hanya boleh dibuat pada waktu bank beroperasi melalui kaunter.

Aku rasa, orang-orang besar di BSN memahami dan mengetahui masalah aku itu. Bukan masalah aku sorang sahaja, barangkali masalah ratusan ribu orang yang lain. Oleh itu, BSN telah memperkenalkan satu inisiatif yang sangat inovatif "perbankan tanpa cawangan".


Melalui sistem ini, aku tak perlu melecehkan diri untuk ke BSN. Cukup sekadar pergi ke kedai yang mempunyai papan tanda ini.


Paling terbaik pada aku, ada kedai yang mempunyai papan tanda ini di hadapan Politeknik Dungun.


Jadi, dengan hanya 500 langkah dari pejabat aku, aku boleh berurusan keluar masuk duit di BSN.

Tapi, kau harus pasti kedai itu adalah ejen BSN dengan melihat sijil ini.

Paling best di "cawangan BSN" ini, hanya makcik sahaja yang mengendalikan urusan. Ternyata makcik itu seorang yang celik teknologi.


Sangat best, bila urusan keluar masuk duit di "cawangan BSN" ini tidak dikenakan sebarang caj. Juga, duit yang dimasukkan terkemaskini pada masa sebenar, on-time.


p/s: Post ini tidak ditaja oleh BSN. Hahahahaha

Sunday, May 06, 2012

Warung Cakna Kuala Dungun

Ini merupakan salah satu kedai makan yang menarik di Dungun. Tapi, orang Dungun kata kedai ni tak best. Err...entahlah.

Pertama kali tiba di kedai makan ini, aku terpesona dengan lanskap dan susun atur kedai. Sangat unik, klasik. Aku maksudkan Warung Cakna di Kuala Dungun.





Lanskapnya sangat menarik.






Menunya tak banyak. Macam bistro.


Pn. Nurul memesan makan barat, aku memesan makanan timur. Dan kami minum air ala Starbuck.




Servis agak lambat aku kira. Barangkali sukar untuk membuat menu di atas. Rasanya tidak mengecewakan. Tapi, aku pernah menikmati yang lebih enak. Tapi, suasana kedai amat menggamit.

Kalau kau hendak ke sini, ia terletak di jalan pantai menuju Kuala Dungun, berhampiran sekolah Cina dan  bus stand lama Dungun.

Friday, May 04, 2012

Nasi Kerabu Mok Teh

Kalau kau dari Batu 6 menuju ke Gong Badak di Kuala Terengganu, pasti kaua akan perasan warung ini. Warung ini terletak berhampiran persimpangan Sekolah Menengah Teknik. Warung Mok Teh.




Aku tergerak untuk pergi kedai ini kerana
1- Bila lalu kat sini pagi-pagi, kedai ni macam penuh orang
2- Asap ayam bakar dia menusuk hidung
3- Perkataan nasi kerabu dia besar. Sangat "attactive"
4- Pn. Nurul ada mak saudara yang bernama Mok Teh. Tapi, kedai itu bukan milik Mok Tek Pn. Nurul
5- Dengar khabar angin yang mengatakan nasi kerabu kedai itu sangat sedap, sehingga menjilat ibu jari orang sebelah.



Jumaat lepas, bangun pagi, bersiap dan aku terus ke kedai itu bersama mak mertua aku bersama dua orang anak beliau. Seorang sudah berkahwin, seorang lagi masih bujang. Yang bujang itu aku tidak pasti sudah berpunya atau belum. Tapi, kau boleh menghantar resume kepada aku jika hendak berkenalan dengan beliau. Hahahahaha.




Kami memesan empat pinggan nasi kerabu.


Rasanya? Boleh tahan la juga. Tapi, aku pernah makan nasi kerabu lagi sedap dari ini. tapi, dia punya apam  memang terbaik dari dapur!


Jadi, kalau ke Kuala Terangganu area Gong Badak-Batu Enam, boleh cuba makan di kedai ini. Boleh tahan, tidak mengecewakan. :-)