Wednesday, May 23, 2012

Pasar Manir

Manir. Tak jauh dari Pulau Rusa. Kalau dulu, sebelum ada jambatan Manir orang Pulau Rusa bersampan ke Manir. Kalau air sungai surut, boleh meranduk saja sungai.

Kini, sangat jarang untuk orang Pulau Rusa bersampan ke Manir. Jika ada pun sekadar untuk memancing. Dengan adanya jambatan Manir, orang Pulau Rusa mudah ke Manir. Terima kasih kerajaan Barisan Nasional! Hahahahaha.

Kalau masuk ke Manir, kau boleh tembus hingga ke Telemung, dalam daerah Hulu Terengganu.

Manir aku kira sangat unik. Kau boleh hampir apa sahaja di sini. Jarang ada 2 kedai yang jual barang yang sama. Setiap kedai mempunyai "niche" jualan yang tersendiri.

Kalau pun tiada barang yang kau kehendaki di kedai-kedai sekitar Manir, kau boleh saja tunggu hari Sabtu untuk membeli belah di Pasar Manir. Pasar ini dibuka setiap hari Sabtu. Macam-macam barang yang boleh kau jumpa. Kadang-kadang barang yang "rare" seperti kraftangan dan ayam kampung hidup kau boleh dapat di pasar ini.

Peniaga pasar ini memang ramai. Aku perhatikan peniaga di sini pacak je gerai diorang. Huhuhuhuu. Jadi, keadaan ada sedikit berserabut.

Kalau kau nak ke sini, aku nasihatkan untuk pergi seawal mungkin. Barangkali sekitar jam 7 pagi, bagi mengelakkan kesesakan. Kalau kau pergi jam 8, memang boleh demam nak cari parkir kereta. Huhuhuhuhu.

Apa-apa pun, layan gambar suasana pasar Manir.















3 comments:

Anonymous said...

Ahaha. Aku orang manir. TQ atas entri. :D

Pasar Manir dah beratus umurnya kot. Sebabnya nenek yang umur seusia Dr.Mahathir pun cakap pasar manir dah ada sejak dia kecik lagi. At least 80 tahun sekarang usia lokasi pasar manir ni.

roshaizul said...

la, orang manir rupanya.

Bini aku orang Pulau Rusa. Dekat je. HUhuhuu

Anonymous said...

Apa kabar orang manir semua....aku org dungun..