Thursday, October 09, 2008

Tip Penjimatan Pada Hari Lebaran

Umur aku 27 tahun. Kalau ikut tahun hijrah, barangkali umur aku 28 tahun. Ini bermakna sudah 28 kali aku berlebaran. Katakan aku mumaiz di kala usia 7 tahun. Ini bermakna sudah 21 kali hari raya yang aku lalui secara sedar. Huhuhuhuhuhu. Aku pasti akan terdetik di hati korang "Kejadah betul la si Roshaizul ni. Apa kaitan penjimatan, hari raya dan umur?"

Berikut adalah tip penjimatan melalui pengalaman aku berhari raya sebanyak 21 kali.

Duit Raya
Zaman sekarang ni, duit raya paling ciput pun RM1. Itu pun ada budak-budak yang merungut. "Eleh, seringgit je. Cis, kedekut sungguh Pakcik Ijam ni". Ada sebuah keluarga di Felda Inas di Kulaijaya tidak memberi duit raya sebanyak seringgit. Tapi, mereka siapkan bungkusan kecik yang mengandungi gula-gula sebanyak empat biji dan duit siling sebanyak 50sen. Setelah diteliti, kos bungkusan dan empat biji gula-gula hanyalah 20sen. Ini bermakna korang hanya mengeluarkan modal 70sen untuk setiap bungkusan. Kalau seratus bungkus, baru RM70. Ini pastinya amat menjimatkan berbanding RM1. Barangkali budak-budak akan gembira. Ye la, duit dapat, gula-gula pun dapat.

Baju Melayu
RayaKorang pakai je baju melayu raya tahun lepas. Bukannya selalu korang pakai baju melayu tu. Paling kerap pun seminggu sekali pada hari Jumaat (melainkan korang kerap ke masjid dengan berbaju melayu). Ada sesetengah kawan-kawan aku mesti nak buat baju melayu baru setiap tahun. Alasan mereka "Raya kan setahun sekali". Aku tanya "Pas raya baju tu ko nak pakai ke?". Alasan mereka lagi "Kalau tak pakai aku boleh bagi kat umah anak yatim". Aku perli "Ko ingat anak yatim tu muat ke nak pakai baju ko yang dah jadi second hand tu?"

Kuih Raya
Korang pakat dengan 10 orang atau lebih kawan-kawan korang. Kemudian, belilah dengan kuantiti yang banyak. Kemudianya lagi, ko tanya tauke yang jual kuih tu "Ni saya beli banyak takde diskaun ke"? Nak jimat lagi? Buat sendiri la...

Langsir Raya
Pakai je langsir raya tiga tahun lepas. Orang tak akan perasan tu langsir lama. Tapi dengan syarat. Langsir tu mestilah langsir yang segar malar rupa parasnya. Tidak terlalu bercorak dan tidak banyak ropol-ropol yang melayut-layut.

Jalan-jalan Raya
Ni paling senang nak buat pada pendapat aku. Pertama, kongsi kereta. Kedua, rancang perjalanan. Ketiga, agak keadaan trafik. Keempat, kenal pasti jalan alternetif. (Macam iklan keselamatan jalan raya pulak rasanya)

Air Raya
Tak payah beli minuman segera berkabonat. Sebotol RM3. Takkan la beli sebotol untuk raya, paling kurang satu karton. Beli je kordial CNI. Nak lagi jimat beli pati berperisa cap dua singa. Nak lagi jimat, air kosong cukup la. Kalau mak mentua korang kata korang kedekut, ko jawab je begini "Air kosong bagus untuk kesihatan mak. Lagi pun, mak kan ada kencing manis. Jadi, tak boleh minum air manis-manis. Sebab saya sayang mak la saya hidang air kosong je ni"

Rumah Terbuka
Hari raya masanya untuk ziarah-menziarahi. Rumah korang pasti sentiasa terbuka di hari raya. Buat apa lagi nak buat rumah terbuka?

p/s: Just my 2 cent. Huhuhuhuhuh.

6 comments:

Anonymous said...

ini tip kedekut ke sebab nak cut cost.. betul2 punya cut cost ni... tapi bab langsir tu memang patut.. langsir next year beli style orang bujang punya.. bukan english style tau.. pasal english wajib ada rambu2... bunga besar2... kaler meroon2... tapi orang bujang.. simple jer... tahun depan punya boleh forward sampai 9 tahun..

Anonymous said...

Nak lebih jimat??

Jangan beraya.. he he he

wanhamery said...

kalu nak tambah pendapatan, masa g jalan2 beraya tu bawakla kanak2..korang kenakan tax 50% duit raya yang diorg dapat...pasti meriah raya korang..

Anonymous said...

am,
ni tips yang hebat bro. bukan kedekut. tapi idea ko tentang langsir tu memang menarik!!

serinditrimba,
huhuhuhuuhuh, itu terlebih jimat kak!

wanhamery,
wah! ada tax.untung bebudak tu nak bayo!!

Anonymous said...

haha.. haku stuju dengan semua tips2 di atas..air masak tak brapa stuju.. takda coke tak meriah beb.. (perasan latu..)

roshaizul said...

coke banyak gula bro, mau kencing manis ke?