Sebagai langkah pertama, aku mula menanam kangkung. Terima kasih kepada Wan Haminudin kerana menyumbangkan benih kangkung beliau kepada aku. Hati aku sungguh berbunga bila mendapati kangkung aku mula bercambah. Terus terbayang keenakan kangkung goreng belacan. Slurrrpppppp...!!!
Malangnya, Dungun dilanda hujan yang mencurah-curah minggu lepas. Ia ditambah lagi dengan gelombang hujan yang seterusnya pada minggu ini. Kangkung aku telah overdose air, lalu mati dengan dahsyat. Tak sanggup aku mengambil gambar kangkung-kangkung yang mati overdose itu.
Aku hanya berusaha, Allah penentu segalanya.
Manusia punya asa, Allah jua yang punya kuasa!
2 comments:
Jangan cepat putus asa, cuba lagi. Bukan ke kangkong perlu banyak air.
Jangan cepat putus asa. Cuba lagi. Kangkong kan perlu banyak air.
Post a Comment