Pages

Wednesday, September 30, 2009

Remang Senja



Seronok juga bila ada bini. Sementelaah pula Pn. Nurul masih seorang suri rumah profesional. Makan minum aku terjaga. Rakan-rakan sering menegur aku "Kau makin kurus la sekarang". Huhuhuhuhu. Barangkali kerana Pn. Nurul begitu prihatin dengan kadar lemak, gula dan garam dalam masakan beliau. Juga, aku tidak perlu terlalu memikir hal-hal di rumah. Semunya Pn. Nurul akan uruskan.

Selain itu, beliau juga menjadi co-pilot yang bagus tatkala aku memandu. Beliau gemar bercakap tatkala aku memandu. Beliau boleh berkata-kata tanpa henti sepanjang perjalanan dari Dungun ke Kuala Terengganu. Hebat bukan? Huhuhuhuhu

Juga, beliau gemar mengambil gambar sepanjang perjalanan kami. Tak tahu kenapa. Dan ini adalah antara gambar yang diambil beliau di sekitar Jalan Mersing - Kluang tatkala kami pulang ke Johor pada hari raya keempat tempoh hari.





Tuesday, September 29, 2009

Monday, September 28, 2009

Kesesatan Yang Nyata

Tempoh hari, sebelum raya aku berkelana ke Putrajaya. Saja, membawa isteri tercinta berjalan-jalan. Oleh kerana Putrajaya adalah asing bagi aku; juga kerana aku belum ada Navigator di kala itu; aku menggunakan Google Maps sebagai panduan.

Setelah melakukan pencarian, Google mencadangkan aku melalui jalan yang berikut

http://maps.google.com/maps?f=d&source=s_d&hl=en&geocode=&saddr=Dungun,+Malaysia&daddr=putrajaya&sll=37.0625,-95.677068&sspn=20.067164,48.779297&ie=UTF8&z=7&pw=2

Aku, dengan yakinnya mengikuti jalan yang dicadangkan. Namun, barangkali kerana kealpaan aku, atau kesilapan Google, aku mengalami kesesatan yang amat nyata. Dari jalan bertar, aku melalui jalan tanah merah di celah-celah kebun kelapa sawit berpaya di kawasan Jalan Jerangau - Jabor.


Pn. Nurul sudah membebal kepada aku. Tapi, setelah gaya pemanduan Karamjit Singh diaplikasikan, aku berjaya keluar dari kesesatan itu.


Sunday, September 20, 2009

Hari Ini Hari Raya

Hari ini hari raya. Tapi, barangkali aku tiada di hadapan komputer kerana post ini di muat naik secara automatik.

Hari ini hari raya yang pertama aku sebagai suami.
Hari ini hari raya yang pertama aku di perantauan.
Hari ini hari raya yang pertama aku di Kuala Terengganu.
Hari ini hari raya yang pertama aku tidak dapat bersama mak bapa aku.
Hari ini hari raya yang pertama aku tidak dapat menikmati lepat pulut buatan Pn. Ramlah.

Kerana hari ini hari raya, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya pada pembaca blog ini. Walaupun aku tahu tiada siapa yang membaca blog ini pada hari ini, kerana hari ini hari raya.

Semoga di hari raya ini kau tidak beraya di hospital.
Semoga hari raya ini anggota tubuh kau masih seperti hari raya yang lepas.
Semoga hari raya ini kau ceria bersama yang tersayang.

Arg!!! Pening la aku tulis post ini!!!

Saturday, September 19, 2009

Seminar Bijak Mengurus Wang

Kalau kau kaum wanita yang merasakan kewangan kau atau keluarga kau tidak terurus, kau boleh menyertai seminar ini yang di anjurkan oleh SIDC. Ianya percuma!!!

Ada baiknya kau menelifon nombor seperti gambar di bawah untuk maklumat lanjut. Selepas lebaran ini, seminar itu akan diadakan di Seberang Jaya, Kuala Terengganu, Ipoh dan Seremban.

Friday, September 18, 2009

Stadium Itu Masih Runtuh

Cerita basi barangkali. Sudah begitu lama orang tidak bercerita tentang stadium yang runtuh di Kuala Terengganu.

Memandangkan aku sudah menjadi sebahagian orang Kuala Terengganu, sempat juga aku jalan-jalan cari awek menikmati pemandangan petang di Kuala Terengganu. Tatkala aku lalu di kawasan Gong Badak, aku mengambil gambar kenang-kenangan stadium runtuh itu.
Barangkali itu boleh dijadikan tarikan terbaru di Kuala Terengganu

Thursday, September 17, 2009

Gaya Terkini: Baju Terbalik 3

Sebelum ini aku asyik mengata orang yang pakai baju terbalik. Kau boleh tengok post itu di sini dan di sini.

Rupa-rupanya, Pn. Nurul juga mempunyai sehelai baju terbalik. Owh!!

Wednesday, September 09, 2009

Tuesday, September 08, 2009

Menjelang Hari Raya

Aku pasti, kaum ibu paling sibuk tatkala menjelang hari lebaran. Nak langsir baru, kuih raya, bekas kuih, daun ketupat dan 1001 lagi persiapan hari raya. Walaupun seseorang ibu itu bekerja atau tidak, beliau pasti risau kerana ingin menyediakan yang terbaik untuk keluarganya.
Begitu juga halnya dengan kaum ibu di tempat kerja aku ini. Oleh kerana mereka mempunyai kuasa beli yang tinggi, mereka hanya perlu menunjuk sahaja yang mana satu berkenan di hati.

Monday, September 07, 2009

Papan Ajaib

Tempoh hari aku berkursus di Selangor Human Resource Development Center (HRRDC) di Shah Alam. Kursus yang teknikal sifatnya. Aku diajar merekabentuk acuan. Bukan acuan kuih, tapi acuan untuk menghasilkan barangan plastik. Kalau kau tengok gambar di bawah, pasti kau kata aku seorang perekabentuk industri yang profesional. Huhuhuhuhuhuu.


Oh! Perenggan pertama sudah lari dari tajuk. Sebenarnya, aku ingin menceritakan papan ajaib ini.
Papan ajaib ini adalah kombinasi papan hitam mini dan tetikus komputer. Kau melukis di atas papan ajaib itu dan lukisan kau akan terpampang di skrin komputer kau. Sebenarnya aku sudah lama mengetahui teknologi tersebut, kira-kira 4-5 tahun yang lampau. Tetapi, hanya kini aku dapat menggunakan teknologi tersebut.

Aku diberitahu, di Singapura budak-budak tadika dah diajar menggunakan papan ajaib itu. Malaysia bila lagi?

Wednesday, September 02, 2009

Dungun Yang Sama Tarafnya Dengan Kuala Lumpur

Dungun tiada McDonald. Jika kau adalah penduduk Dungun, kau perlu memandu sejauh 40km untuk menikmati burger McDonald di Kerteh sana. Tapi, kalau kau di Kuala Lumpur, aku kira pasti tiada masalah mendapatkan McDonald.



Sinonim barangkali, McDonald dengan kaunter pandu lalunya. Dari dalam kereta kau boleh memesan burger kesukaan kau, membayar dan mengambil pesanan juga dari dalam kereta. Amat menyenangkan...



Tapi, kalau kau warga Dungun, kau sebenarnya boleh mengalami perasaan melalui kaunter pandu lalu. Bagi tujuan itu, kau boleh ke Syarikat Air Terengganu (SATU) cawangan Dungun. Dari dalam kereta, kau boleh membayar bil air kau. Amat menyenangkan...



Bil-bil lain aku tak pasti samada boleh di bayar melalui kaunter itu. Ini kerana, aku selesa membayar bil telefon bimbit aku di kedai telefon yang terpilih. Juga, bil elektrik aku telah dibayar oleh kerajaan Malaysia kerana jumlahnya tidak lebih RM20.



Aku rasa, dari segi aspek pembayaran bil melalui kaunter pandu lalu, Dungun adalah sama tarafnya dengan Kuala Lumpur...


Tuesday, September 01, 2009

Skrin Terbalik

Belum terlewat rasanya aku mengucapkan salam ramadhan. Semoga anda semua (yang lelaki dan wanita monopause) dapat berpuasa penuh.


Lama tak menulis, rasa kekok jari jemari ini menaip. Hal demikian menyebabkan rating dan trafik blog ini menjunam dengan dhasyatnya.


Bukannya aku tidak mahu menulis, tetapi, ada skrin yang bermasalah di pejabat aku. Kusut aku mencari penyelesaiannya....

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin