Wednesday, September 30, 2009

Remang Senja



Seronok juga bila ada bini. Sementelaah pula Pn. Nurul masih seorang suri rumah profesional. Makan minum aku terjaga. Rakan-rakan sering menegur aku "Kau makin kurus la sekarang". Huhuhuhuhu. Barangkali kerana Pn. Nurul begitu prihatin dengan kadar lemak, gula dan garam dalam masakan beliau. Juga, aku tidak perlu terlalu memikir hal-hal di rumah. Semunya Pn. Nurul akan uruskan.

Selain itu, beliau juga menjadi co-pilot yang bagus tatkala aku memandu. Beliau gemar bercakap tatkala aku memandu. Beliau boleh berkata-kata tanpa henti sepanjang perjalanan dari Dungun ke Kuala Terengganu. Hebat bukan? Huhuhuhuhu

Juga, beliau gemar mengambil gambar sepanjang perjalanan kami. Tak tahu kenapa. Dan ini adalah antara gambar yang diambil beliau di sekitar Jalan Mersing - Kluang tatkala kami pulang ke Johor pada hari raya keempat tempoh hari.





3 comments:

en_me said...

maner gambo bini ko jam? tampallah sini satewwww.. ahaks

orangkayabertaqwa said...

Daku kepingin melihat ganbar En Ijam Bua-Bua yang kini "dikatakan" sudah semakin kurus yang dirakam oleh Puan Nurul...

roshaizul said...

en_me,
ada, cuba la search. ada kat post bulan julai. huhuhu

lukman,
huhuhuhuhuhuu. Kuruskah?