Pages

Wednesday, September 07, 2011

Rengit 2: Nasi Ayam Ali

Nasi Ayam Ali ni tiada dalam perancangan aku dan Pn. Nurul tatkala berpoya-poya di Rengit. Tapi memandangkan waktu sudah tengahari dan perut sudah lapar pada ketika itu, kami memutuskan untuk makan di kedai tersebut yang kelihatan begitu ramai pelanggan. Kalau kau nak tahu sesebuah kedai itu sedap atau tidak, kedai tersebut perlulah

1- Ramai pelanggan
Rasional: Kalau tak sedap, mesti tak ramai pelanggan
2- Dimasak dan dijual oleh makcik tua
Rasional: Makcik tua itu mesti banyak pengalaman memasak. Jadi, pengalamannya itu akan menghasilkan makanan yang sedap. Huhuhuhuhu

Lalu, kami pun menyerbu kedai itu dengan gelojoh.



Nasi ayamnya kelihatan amat menyelerakan






Tapi, nasi ayam itu tak sesedap jangkaan aku. Ayamnya biasa sahaja. Sup sangat mengecewakan, rasa air bercampur perisa sahaja. Tapi, nasinya memang sedap. Sosnya pula memang terbaik!

Barangkali nasi ayam itu tidak kena dengan selera aku.

Tahukah anda? #MPHOnlineMM menyediakan perkhidmatan pembelian buku secara online. Dah cuba ke? Canggih tau!.

2 comments:

nordin abdullah said...

kenapa tak try nasi ayam rengit jaya dekat kedai area deret sheel. nasi memang terbaik. kuah sup pun sdap. yang best dia cicah dengan sambal kicap johor. perhh. try la. owner dia Hj abas. penah masuk dlm jalan jalan cari makan.

nordin abdullah said...

kenapa tak try nasi ayam rengit jaya dekat kedai area deret sheel. nasi memang terbaik. kuah sup pun sdap. yang best dia cicah dengan sambal kicap johor. perhh. try la. owner dia Hj abas. penah masuk dlm jalan jalan cari makan.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin