Juga, pensyarah politeknik juga adalah guru. Dan itu merangkumi aku. Mengajar manusia tentang ilmu dunia. Ilmu fardu kifayah. Yang mana kalau aku buat, kau tak payah!
Sebelum ini, aku tidak pernah terkesima ataupun jiwa terganggu tatkala menanda kertas jawapan pelajar. Entah kenapa, semester ini aku merasa demikian. Owh!
Markah penuh adalah 100! Owh!
Barangkali ada yang beranggapan bahawa budak ini bodoh dan malas belajar. Tapi sebenarnya aku lebih merasa kasihan kepada pelajar ini. Mungkin ada pendekatan pengajaran aku yang tak berapa betul. Mungkin juga beliau kurang cekap dengan subjek ini. Mungkin juga beliau tidak meminati kejuruteraan tetapi dipaksa oleh orang lain untuk mempelajari kejuruteraan.
Kes ini, mengingatkan situasi aku sendiri kira-kira 16 tahun lepas. Aku pernah mendapat markah 2/100 bagi subjek Bahasa Arab! Hahahahaha. Lalu, Ustazah Rokiah beritahu aku, "Markah 2 ni pun markah kasihan, kalau tak kosong. Saya rasa awak tak berbakat dalam bahasa arab". Aku betul-betul terkesan dengan pesanan itu. Lalu, usai PMR aku tidak meneruskan pengajian bahasa arab. Ternyata pesanan Ustazah Rokiah itu berbaloi untuk menjadikan aku sekarang.
Dan markah 2 yang aku beri itu pun sebenarnya markah kasihan.
2 comments:
Kali pertama datang dan ternampak kisah yang menjadi keutamaan saya seharian, bukan pensyarah, tetapi pengajar sukarelawan yang tak bertauliah.
Masalah yang diketengahkan dalah bahan harian yang amat saya sedih kerana saya saban hari berhadapan kanak2 sekolah menengah yang berharapan mendapat tempat dipoly atau universiti.
Saya salahkan gurubesar, sukatan pelajaran dan pelbagai - melainkan saya sendiri! Semua mahukan kecermelangan. Yang kurang dipinggirkan. Masuk tingkatan satu ada yang 5E upsr. Dimana poly tuan, Dungun? Kalau sudi email saya almanar@pd.jaring.my untuk apa2 pertantaan. Insya Allah akan datang lagi.
Salahsatu kesilapan bermula dari sekolah yang tidak memberi pilihan kepada murid mengambil mata pelajaran yang disukai bila memasuku tingkatan 4. Ada yang berminat kesusteraan atau perakaunan tetapi dipaksa menggambil kelas kejuteraan/science kerana keputusan PMR nya baik keseluruhan. Begitu juga pusat pnegajian tinggi yang berlomba2 menambah bilangan pelajar tampa membuat pilihan yang tepat.
Post a Comment