Pages

Saturday, January 17, 2009

Bukit Tebuk

Bagai kelapa ditebuk tupai....

Post ini bukan berdasarkan perumpamaan di atas.

Post ini agak serius, akan membincangkan mengenai Bukit Tebuk.

Sebenarnya Bukit Tebuk merupakan satu-satunya terowong yang ada di Daerah Dungun. Ia terletak di Kampung Che Lijah. Ia mula dibina pada 1935 dan siap pada 1936. Bukit Tebuk ini, suatu ketika dulu merupakan laluan keretapi yang membawa bijih besi dari Bukit Besi ke pelabuhan Dungun.

Tetapi kini laluan keretapi di Bukit Tebuk ini telah digantikan dengan jalan bertar. Terowong Bukit Tebuk juga menjadi laluan penduduk di kawasan Nibung, Dungun untuk ke jalan besar menuju ke Kuala Terengganu-Kuantan.

Sayang sekali terowong Bukit Tebuk ini dibiarkan tanpa penyelenggaraan rapi. Terowong ini sebenarnya boleh menjadi satu produk pelancongan di Dungun. Barangkali boleh diadakan chelet di kaki bukit ini. Juga, boleh disediakan "tracking" untuk ke puncak bukit ini.





18 comments:

ayie_helena said...

wahh bagusla info ko nie..aku xpenah taw pun ade terowong & bukit tebuk tu walaupun hampir 20 tahun aku stay kat paka nie...hikhik...good job!teruskan usahamu meng"xplore" seluruh benda2 pelik yang ada kat pantai timur nie!hahaha....

roshaizul said...

cis! buat malu org paka je

ayie_helena said...

eh eh pembetulan cket ea..nape aku nak malu??aku bukannye xpakai baju kan..nk malu bt ape?hahaha.....

roshaizul said...

adus

ayie_helena said...

yes yes..terkena!padan muke ko...ngee~~

adanz said...

aku pun penah g tmpt ni dalam taun 1997

roshaizul said...

lama tu bro! 12 tahun nan lampau

zairi said...

apa kata malam jumaat kau kasi tenggek kat atas batu bersurat tu sampai ke pagi.jangan lupa sediakan cctv untuk menyaksikan para penduduk mula buat drift u-turn.

adanz said...

aku penah lepak umah membe di kg bukit chatak, area nibong stesen... dekat2 je ngan kg che lijah ni kan? byk kenangan aku di dungun ni masa era 90-an... hahaha lagi special di kg paya, balai besor, pak sabah... huhuhuhu mau aku leh wat satu buku kalu nak citer pasai tu......

adanz said...

memang lama dah pun... masa tu ko ngan sahrom maybe baru masuk sekolah kut....awek kat atas tu cun la.. kim salam ek... hehehehe

roshaizul said...

@zairi,
owh, sungguh bernas ideamu itu

@adanz,
ada awek ke atas bukit tu? ko jangan macam2 bro....
kg paya selalu banjir sekarang...

A w a n g said...

Salam penulis,
Izinkan saya memperbetulkan fakta tentang Bukit Tebuk.

Bukit Tebuk bukan terletak di dalam Kampung Che Lijah, tetapi dalam Bukit Tebuk terletak dalam Kampung Bukit Tebuk sendiri, berjiran dengan Kampung Nibong Bawah, Kampung Tanjong Pagar, Kampung Padang Jambu dan Kampung Bukit Chatak.

Terima Kasih.

A w a n g said...

Salam Tuan Penulis.

Izinkan saya memperbetulkan fakta kalau saya tidak silap.

Bukit Tebuk terletak dalam Kampung Bukit Tebuk sendiri dan ia berjiran dengan Kampung Nibong Bawah, Kampung Tanjong Pagar, Kampung Bukit Chatak, dan Kampung Padang Jambu.

Kampung Bukit Tebuk dinamakan disebabkan Bukit Tebuk itu sendiri.

roshaizul said...

tq bro,
tapi, aku baca papan kenyataan kat terowong tu mengatakan ia terletak di kawasan kg. che lijah.

aku sedikit terkeliru sebenarnya, kerana setahu aku kg che lijah terletak di jalan ke bukit besi

A w a n g said...

Dah agak mmesti papan tanda tu salah, atau mungkin Keluasan Sempadan Kampung Che Lijah sudah sampai ke Bukit Tebuk tapi agak mustahil kerana sebelum Kampung Che Lijah adalah Kampung Pak Sabah dan Kampung Gong Pasir, Bukit Tebuk itu pulak orang di sekitar Dungun akan memanggil kampung tersebut dengan nama Kampung Bukit Tebuk, amatlah menghairankan kalau ia dikatakan terletak dalam Kampung Che Lijah, saya rasa pihak berkuasa kena perbetulkan fakta, kalau Kampung Bukit Tebuk hanya sekadar nama panggilan orang Dungun dan tiada dalam senarai Mukim Kuala Dungun, saya rasa eloklah Bukit Tebuk di letakkan dalam Kampung Nibong Bawah.

betul kata saudara yang Kampung Che Lijah sebenarnya lagi jauh, dan terletak di jalan ke arah Bukit Besi, Hulu Dungun dan ke Kuala Berang.

Nampaknya fakta di Papan Tanda tersebut perlu diperbetulkan.

roshaizul said...

aku sokong beb. sesuai ia dikatakan terletak di nibung bawah.

ataupun mungkin suatu ketika dulu, nibung termasuk dalam jajahan takluk kg. che lijah?

A w a n g said...

Hahaha... tak pernah dengar la pulak ada jajahan kampung dengan kampung, btw awang antara orang yang duduk dekat-dekat situ...jadi tak pernah dengar la...tapi kampung dalam kampung ada,cuma orang tahu dengan tidak, contohnya Alur Mok Nak dalam Tanjong Pagar, Kg. Pengkalan Macang dalam Kg. Sungai Buaya. Kalau Kg. Che Lijah dengan Kg. Nibong Bawah tu teramatlah jauh.

roshaizul said...

great info bro. banyak aku belajar dari ko.

kira konpom la ni diorang salah bagi maklumat kat papan tanda tu...hampeh betul la.

tapi sayang, bukit tebuk tu dibiarkan begitu saja...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin