Monday, May 27, 2013

Penerima APC 2012 Dapat SSP BSN

Aku, bukanlah cemerlang sangat hingga layak untuk dapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC). Bagi sesiapa yang tak tahu, APC ni merupakan suatu ganjaran kepada pekerja kerajaan yang rajin dan cemerlang. Setiap tahun, 10% dari kakitangan kerajaan layak mendapat APC.

Dulu, hadiahnya sangat lumayan. Tak tahu aku selumayan mana, tapi ia melibatkan pergerakan gaji yang besar. Tapi kini, penerima APC hanya mendapat sijil, cenderahati dan wang RM1,000. Juga peluang lebih baik sedikit untuk kenaikan pangkat.

Dulu, penerima APC mendapat wang tunai yang terus dimasukkan ke dalam akaun bank. Kini tidak lagi! Kerana penerima APC sekarang menerima saguhati RM1,000 dalam bentuk Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional. Wow! Ada peluang menang Mercedes! Hahahaha

Aku kira ini perkembangan yang sihat. Ialah, kalau bagi duit RM1,000, dalam masa beberapa minit sahaja boleh dihabiskan membeli di Lazada atau Zalora yang servisnya entah apa-apa itu. Sekurang-kurangnya, dengan SSP BSN, lambat la sikit untuk dulu tu habis.




No comments: