Pages

Tuesday, February 10, 2009

Keretapi Di Terengganu

Aku kene tipu masa belajar Geografi tingkatan dua. Cikgu aku kata di Terengganu takde keretapi. Tapi, aku tak salahkan cikgu aku, barangkali ketika itu belum ada keretapi dari Kerteh ke Gebeng.Atau juga, tiada tertulis dalam buku teks mengatakan Dungun ada keretapi suatu ketika dahulu.

Setelah tiga tahun di Dungun, baru aku tahu adanya keretapi mengangkut barang dari Gebeng ke Kerteh.Setelah tiga tahun juga baru aku mengetahui secara agak mendalam kewujudan dan kesan perlombongan bijih besi di Bukit Besi.

Kalau kau seorang ahli sejarah atau sekadar orang kampung yang minat sejarah, apabila ke Dungun kau harus melawat ke replika keretapi di Sura Gate yang terletak dipersimpangan menuju Kuala Dungun. Keretapi tersebut melambangkan kemajuan yang dikecapi Dungun pada era 30-an hingga 50-an.





Terdapat satu cerita pada bahagian bawah replika tersebut. Tapi, memandangkan henpon keluaran Yahudi yang aku gunakan adalah dari jenis yang murah, hanya perenggan pertama dapat ditafsirkan.
Kegiatan perlombongan bijih besi di Bukit Besi bermula apabila seorang ahli kaji bumi dari Jepun, Mr Kuhara datang ke Hulu Dungun pada 1918. hasil daripada kajian tersebut, wujudnya bijih besi dalam jumlah yang banyak di kawasan itu. Ini telah mendorong Syarikat KuharaMining Ltd telah menjalankan kegiatan melombong secara tidak rasmi pada tahun 1922. Kerajaan Terengganu secara rasmi telah mengeluarkan 'Mining Lease" kepada Syarikat ini.


Sebenarnya, replika tersebut terletak di sebuah taman awam yang diberi nama Taman Mini Sura Gate. Boleh juga lepak-lepak di situ. Pada waktu malam, akan ada gerai-gerai peserta Amanah Iktiar Malaysia berhadapan taman tersebut. Makanan kat situ agak sedap pada harga berpatutan, dan suasana di situ juga agak meriah.



p/s: Kalau ada anak jati Terengganu yang ingin membetulkan atau menambah fakta di atas, boleh saja ditulis di ruangan komen.

p/s/s: Kalau kau nak tahu lebih lagi pasal keretapi di Terengganu, kau boleh pergi ke sini. Tulisan oleh En. Awang dari daerahdungun.blogspot.com

12 comments:

Anonymous said...

kesian kau ijam, tapi kurang2 dapat juga taukan.aku mmg dah tau tp xdelah scr rasmi. info yg ko kongsi tu menambahkan jugalah info kat diri aku ni. tq

♥ Cik HeLena ♥ said...

aiii hateee sejarah!!!!eeuwwwww!!!
hikhik....

keroro said...

aku dah lama nk nulis psl ketapi ni tp asyik x menjadik. bagusla kau dah tulis huhuhu.. dah jd org dungunla kalu dah start care psl ketapi kui3..

kenal lecturer nama suhaimi yg minat sejarah kat poli dungun ?

roshaizul said...

tanpa nama,
sama-sama.:-)

halena,
aku minat sejarah. pmr A, spm A1. wacaa.... huhuhuh. kita perlu tahu sejarah supaya kita tahu siapa kita.

keroro,
apa kata ko wat post yang detail yang amat pasal keretapi dungun nih, macam ko buat dengan kisah tok tambun.

suhaimi? tak kenal rasanya. jabatan mana ek dia tuh?

♥ Cik HeLena ♥ said...

yer en roshaizulnizam..aku taw kamo pandai..masakan kau boleh jadi lect yg mengajar subjek kaji daya bahan if kamooo xpandai kan...
ehhh berbelit siyott ayat..hahahah!!
xpewlaa sejarah tak mungkin berulang dalam hidupku..buat apa nak blaja sejarah lagi kan..laallalala~~~

roshaizul said...

owh, kita mempunyai pemikirang yang berbeza

zairi said...

kalau kau terer,berapa lama lagi batu blok tu boleh tahan itu keretapi?

roshaizul said...

err......

A w a n g said...

Keretapi dari Loji Petronas Petlin ke Pelabuhan Kuantan untuk dieksport ke seluruh Asia Pasifik. Antara produknya ialah Low Density Polyethylene...Rujuk posting saya...http://daerahdungun.blogspot.com/2008/12/lrtkomuter-di-dungun.html

roshaizul said...

thanx bro!

TATA said...

lawar nye bandar dungun di malam hari. sori lah sebab doh lama dok balik dungun dan kalu balik pung dok dang nok gi kelih bandar dungun waktu malam. teruja tengok gambar2 yang di siarkan dalam blog kenaan dungun.

roshaizul said...

singgah selalu ye

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin