Nasib baik juga sebenarnya. Sebab aku tak habis lagi menelaah software tersebut. Biasa aku edit pakai Adobe Premier. Mujur kerajaan sayang aku. Dia bagi aku lesen besar untuk produk Adobe. Tapi, kesian pula budak-budak. Tak kan nak beli software yang harga sama dengan elaun PTPTN mereka satu semester. Juga, tak tergamak aku nak ajar mereka crack. Aku rasa macam tak beretika. Biarlahlah bahagian sisi gelap mereka belajar sendiri.
Mujur ada Hit Film Express. Menurut pandang crowdsourcing, software lagi handal dari Adobe Premier.
Apa benda yang aku melalut ni? Lari benar dari tajuk "Big Bad Wolf Pahang".
.
.
.
Ini kali kedua agaknya aku ke Big Bad Wolf. Kali pertama, mungkin di The Mines, 3-4 tahun lampau.
Kami tidaklah merancang untuk ke pesta buku itu. Tapi sebab rancangan asal hujung minggu yang aku ceritakan pada awal post ini tidak menjadi, maka kami ke Kuantan, bergembira berdua. Antara destinasi adalah Big Bad Wolf.
Pesta buku ini di adakan di Kompleks Sukan, UMP Kampus Gambang. Kau Waze UMP Gambang. Sampai di pintu masuk universiti, ada papan tanda arah ke Big Bad Wolf. Kalau kau keluar plaza tol Gambang, sebelum sampai pintu masuk universiti, kau akan nampak Kompleks Sukan sebelah kiri kau.
Big Bad Wolf kini tidak seperti zaman awal kemunculannya. Dulu boleh kata semua buku keluaran antarabangsa. Tapi, di Big Bad Wolf kali ini, banyak sudah buku tempatan. Aku boleh katakan 50% ruang pameran adalah buku antarabangsa, manakala 50% lagi buku tempatan.
Namun begitu, buku antarabangsa banyak didominasi oleh buku kanak-kanak. Kami yang belum ada anak ini hanya melewati sahaja buku-buku itu.
Manakala ruang buku tempatan banyak juga dikuasai buku rujukan sekolah. Memandang kami ini sudah berbelas tahun melewati zaman persekolahan, buku-buku itu juga kami sekadar lewati.
Mujur juga, seksyen buku tempatan, selain dikuasi buku rujukan, ia turut dikuasai oleh novel. Puan Nurul kelihatan gembira dengan keadaan itu. Bahagian novel dipenuhi oleh gegadis dan mak gegadis. Hingga aku merasa sukar dan kekok untuk turut sama menyertai. Aku cuba mencelah, tercari-cari novel Azizi Hj Abdullah atau Tere Liye. Namun gagal.
Bahagian novel antarabangsa juga dipenuhi oleh gegadis dan mak gegadis yang kelihatan urban dan hijabster. Abang-abang pula ramai di bahagian non-fiction seksyen antarabangsa. Tetapi, ada juga sekadar menemai anak atau isteri.
Aku, ke tempat seksyen paling sunyi di belakang hujung kompleks. Longgokan buku DBP, ITBM dan MAPIM tidak terusik tanpa disedari. Kalau aku berbaring atas buku-buku, barangkali tiada siapa yang perasan.
Sempat aku sambar novel karya penulis yang dikatakan syiah dan liberal, Faisal Tehrani. Bertajuk Manikam Kalbu. Banyak juga koleksi Faisal Tehrani dalam simpanan aku. Tapi, alhamdullilah, aku masih lagi seorang Islam konservatif.
Novel karya Azizi Hj Abdullah juga ada di seksyen belakang ini. Aku sambar sebiji. Kalau kau biasa baca novel popular atau novel indie, aku cadangkan kau baca novel-novel karya-karya Azizi Hj Abdullah. Novelnya melankolia. Tapi bukan kisah cinta makwe-pakwe. Novelnya juga tidak banyak dialog. Kalau baca, terasa kau adalah salah seorang watak dalam novel itu.
Selain itu ada sebiji buku ilmiah aku beli. Ialah, pensyarah kan. Kah kah kah kah. Kau doakan aku akan baca buku tersebut.
Kami beli 8 biji buku secara keseluruhan. Tak banyak. Sebab aku sudah ada dua dozen buku belum baca! Kah kah kah kah. Kau doakan aku sekali lagi supaya aku baca buku-buku tersebut.