Masa belajar di Parit Raja 18 tahun dahulu, kompleks niaga Parit Raja menjadi tumpuan budak marhaen macam aku menikmati makan tengahari.
Antara menu yang sedap di situ adalah asam pedas.
Oleh itu, apabila sekali sekala ke Parit Raja atas urusan Kerepek Rangup, aku akan mengenang alma mater aku di kompleks niaga Parit Raja. Menikmati kembali zat yang membesarkan aku sebagai johan.
Masa berlalu, pemilik-pemilik asal kedai sudah tiada dan perniagaan mereka diwarasi. Sejak itu kualiti dan kesedapan makanan di beberapa kedai di kompleks niaga itu semakin berkurangan. Bahasa mudah, dah tak sedap. Terutamanya asam pedas.
Ya, seantero dunia sedar bahawa asam pedas Melaka adalah yang terbaik. Namun, pada aku asam pedas Johor ada rasa tersendiri.
Lalu misi tergempar mencari asam pedas bermula. Usai bertemuramah dengan anak Wak Asmon, tauke kilang kerepek, aku bertanya beliau mana kedai asam pedas Johor yang paling sedap di Parit Raja.
Beliau mencadangkan beberapa kedai. Kedai pertama aku pergi adalah Fisherman’s Asam Pedas. Terletak di simpang masuk Pt Haji Ali Laut.
Kedai lain aku akan pergi dan review kemudian, Insya Allah.
Ini ha kedainya. Tiada papan tanda, ada gegantung sahaja. Namun begitu, kedai ni ada dalam Google Maps, Facebook dan Instagram. Kau search Fishermans Asam Pedas Asam pedas tau, bukan ubat batuk. |
Kedai ni betul-betul terletak di simpang parit ini. Lebih kurang 2-3 km dari bandaraya Parit Raja. |
Ini kaunter untuk order makanan. Hipster gituw. |
Ini senarai menu. Telus. Cuma ikan harganya berubah. |
Telur masin. Oren warnanya. Tapi bukan Amanah. |
Telur dadar. Tak lawa pula gambar aku kali ni. |
Kailan ikan masin. Naik darah aku! |
1 comment:
Cuba pula guna perencah Asam Pedas ADABi. Memang sedap dan pure punya.. lebih lagi kalau cukup bahan bahan hehe. Saya pernah guna perencah ni dengan Ayam, rasa sedap sangat
Post a Comment