Tuesday, May 23, 2006

Budu Cap Ketereh Diiktiraf Harta Intelek

TUMPAT: Budu cap ketereh yang diusahakan seorang penduduk dekat Pengkalan Kubor di sini sejak 27 tahun lalu, dipercayai menjadi budu pertama negara ini yang diiktiraf sebagai harta intelek.

Berikutan pengiktirafan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (PHIM) terhadap budu berlabelkan gambar dua biji buah ketereh (gajus) yang diusahakan Mat Ismail Jusoh, 55, di Kampung Ketil itu, ia kini dilindungi mengikut Akta Perlabelan.

Mat Ismail berkata, beliau mendaftar budu cap ketereh yang diusahakannya sebagai harta intelek bagi mengelak produknya ditiru pihak lain yang cuba mengambil kesempatan terhadap permintaan budunya yang baik di pasaran.

"Berikutan pengiktirafan ini, saya boleh mempertahankan lambang buah ketereh yang digunakan sebagai label budu yang saya hasilkan selama ini dan bertindak terhadap mereka yang menirunya bagi mengelirukan pengguna.

"Saya kini dalam proses mengambil tindakan undang-undang terhadap sebuah syarikat pengeluar budu yang sengaja mengguna botol serta label dua biji buah ketereh milik syarikat saya pada budu mereka," katanya.

Identiti budu keluaran syarikat Mat Ismail termasuklah botol yang mempunyai logo timbul dua biji buah ketereh yang ditempah khas dari Indonesia dan Thailand.

Selain itu, label kandungan budu terbabit turut menyatakan ia sebagai harta intelek.

Mat Ismail berkata, secara purata, syarikatnya mengeluarkan 1,000 dozen botol budu berkapasiti 200 mililiter (ml) setiap hari yang dihantar untuk pasaran seluruh negara.

Beliau berkata, pihaknya juga akan mula mengeluarkan budu dalam botol kecil berkapasiti 60ml dan dipasarkan menerusi sebuah rangkaian pasar raya terkemuka tempatan, mulai bulan depan.

Katanya, dalam usaha membantu mengembangkan industri budu tempatan, pihaknya kini menerima 18 pelajar Kolej Universiti Sains Teknologi Malaysia (Kustem) dari Kuala Terengganu untuk menjalani latihan amali di kilang budunya.

p/s: Tahniah Budu Cap Tereh. Artikel di atas dipetik dari Berita Harian 23 Mei 2005(http://www.bharian.com.my)

5 comments:

akirasuri said...

wah rindu nak makan budu macam masa study kat klate dulu...huhuhu

Anonymous said...

Budu dah ada orang jual online tak? Rasa2nya mat salleh suka tak makan cicah budu..?

mohdfaizrazali said...

hahhahahh..ko amik pic pakcik ni dlm berita harian ni dia tau tak..?kang dia saman ko tau ler..hehhehe...aku pon ade buat blog jam...jemput ler tgk...j1003.blogspot.com dan faizgagahberani.blogspot.com....

eemm..mcm ner ko taruk iklan2 melayu tu aa..?saper bayar ko..?aku nk gak...iklan aku semua dr oogle jer aa...

•LøLa©• said...

bkpo budu x dok botol bsar loni..x puah r makan...botol kecik jah ado....budu cap ketereh wat versi besar skit..bru puah mkan.......

bo la kecikkan botol lagi nnti x dok nikmat.....beyeh budu cap ketereh terus maju...........

Unknown said...

Lamo tok jupo nga ayah Ail, bertahun-tahun rasonyo, harap-harap ayah Ail sihat sokmo, kito kalu nok beli budu mesti cari budu cap ketereh dulu, kalu takdok baru beli budu cap lain, kito sokong sokmo-sokmo budu cap ketereh, untuk ayah Ail : cucu no. 2 jate (lelaki), 5 tahun doh, tok kenal lg ayah Ail, tp kito royak sokmo ayah Ail tu Tok dio.