Aku mengalami sindrom kekurangan air akibat cuaca yang panas ini. Tekak rasa perit, badan terasa panas dalam. Aku memerlukan air lebih sekali ganda dari kebiasaan aku minum.
Kira-kira 2 tahun yang lampau, ada juga aku menulis tentang kepanasan cuaca. Kau boleh tengok di sini. Bila baca post blog aku yang lama, terasa nak tergelak sendirian. Masa tu aku masih lagi tercari-cari "style" penulisan aku. Maka, banyaklah juga aku bereksperimentasi terhadap "style" penulisan. Maka banyaklah juga yang tak menjadi. Tapi, "practice make perfect". Memperkatakan hal tersebut, teringat aku kepada kisah Babe Ruth, seorang pemain besbol yang tersohor pada zamannya. Beliau adalah pemain yang paling banyak gagal memukul bola. Tetapi pada masa yang sama, beliau adalah pemain yang melakukan "home-run" terbanyak. Bila beliau ditanya mengapa boleh jadi sebegitu, beliau menjawab,"lebih banyak percubaan, lebih banyak kebarangkalian untuk home-run"
Aku pasti kau terpinga-pinga tentang perenggan di atas. Juga kau pasti hairan macam mana pakcik tua ni boleh main besbol. Tapi itu tidaklah menghairankan aku kerana besbol amat jarang dimainkan di Malaysia.
Ahhh! Lupakan sahaja pakcik di atas itu. Tapi kisah pakcik di atas itu ada juga mempengaruhi aku.
Kembali ke kisah cuaca panas. Cuaca panas memberi rezeki juga kepada aku. Air di pantry Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Dungun begitu laris jualannya. Hinggakan aku tak sempat untuk "rolling" membeli stok baru. Terima kasih kawan-kawan. Huhuhuhuhu
Juga sedikit trivia, cuaca paling panas di Malaysia ialah 40.1 darjah Celcius, di rekodkan di Chuping, Perlis pada 9 April 1998. Maklumat lanjut kau boleh tengok di sini.
1 comment:
owh terima kasih atas promosi percuma...
Post a Comment