Tuesday, April 27, 2010

Umbut Kelapa

Ini sejenis makanan yang agak sukar dijumpai. Juga, amat sukar untuk mendapatkannya kerana ia terletak di puncak pohon kelapa. Satu pokok kelapa hanya mampu mengeluarkan satu batang umbut kelapa. Dan lagi, jika kau mengambil umbut kelapa sesebuah pohon, bermakna kau sudah membunuh pohon itu. Sungguh sadis bukan...

Ah, pedulikan saja kesadisan itu. Yang aku tahu, umbut kelapa ini mempunyai rasa yang menakjubkan. Lebih takjub jika dimasak lemak...fuh!

3 comments:

keronjin said...

takpe. ada byk sgt pokok kelapa. ko bunuh 1 ada sjuta lagi yg tak terbunuh

Anonymous said...

Ahh... makanan itu sungguh klasik..
Soal makanan pantai Timur memang tak kalah.

Cuma tiap kali aku baca paper Inggeris eg New Strait Times atau The Sun mesti semua aertikel dia promote Ipoh, Penang, dengan KL sebagai syurga makanan..dah tu makanan yang sikit diragui..huhuhu..

terasa sedikit pilu.

roshaizul said...

@kerojin,
dah kalau ada 1 batang sahaja pokok kelapa di halaman rumah macam mana?

@sophon,
di johor ada juga umbut ni.
makanan di pantai barat lebih dominan kerana penulisnya mungkin berasal dari pantai barat.