Pages

Friday, April 23, 2010

Kampung Mangkuk

Owh, agak melucukan tajuk post kali ini. Kampung Mangkuk. Jangan kau perlekehkan nama tersebut. Ia bukan setaraf mangkuk melamin cendol. Tapi, barangkali ia setaraf dengan magkuk porcelin China yang dijumpai di dalam kapal tenggelam di Laut China Selatan.

Kalau kau ke Terengganu, aku cadangkan kau ke sini. Barangkali kau sudah bosan dengan Pasar Payang, Taman Tamadun Islam, Sekayu, Kenyir atau Pulau Redang. Jadi, kau boleh ke sini untuk menikmati suasana kampung tepian pantai yang sangat indah.

Aku mulanya tak percaya pemandangan yang aku lihat berada di Terengganu. Suasana sangat damai dan menyenangkan di kampung Mangkuk ini. Kalau kau mahu ketenangan dunia, kau harus ke sini.

Oh ya, lupa aku hendak beritahu kau bahawa Kampung Mangkuk ini terletak di daerah Setiu, Terengganu. Lokasinya sangat hampir pantai Penarik. Bagi mengetahui lebih lanjut, ada baiknya kau meng'google'kan diri kau, sebab aku malas untuk mencari maklumat Kampung Mangkuk untuk kau. Hahahahahahaha (dengan nada jahat tetapi bersahaja)

Juga, kalau kau mempunyai kamera DSLR yang hebat, kau boleh menguji kemahiran kau di Kampung Mangkuk.

Mari nikmati pemandangan yang indah di Kampung Mangkuk...

11 comments:

Sophon Charoenpura said...

memang klasik sikit nama kampung di Terengganu tuu..

1. Kampong Imam Lapar (Kuala Berang)
2. kampong Nasi Dingin (Kuala Berang)
3. Kampong Mangkuk (Setiu)
4. Kampong Nyut Nyut
5. Kampung Pak Kancil (macam sang kancil)

huhuhu.. Terengganu terbaek!

roshaizul said...

yeah, Terengganu memang unik! Aku dah 4 tahun kat sini, tapi tak sempat pusing satu terengganu lagi. Banyak sangat tempat best!

AWANG said...

Memang banyak nama pelik2 dan unik kat Terengganu ni.

Kampung Pak Katak (lepas Jambatan Sultan Mahmud),Kampung Oh dan Kampung La (Besut),Kampung Jerung (Marang),Ibok (Kemaman),kalau di Dungun, Kampung Jongok Batu. Pasti ada sejarah di sebaliknya.

wanhamery said...

mesti abg2 posmen tersenyum masa cop surat...

Sophon Charoenpura said...

Ada lagi.

1. kampung Losong panglima Perang..


haha... wow! sangat hebat

roshaizul said...

abg posmen sudah biasa

♥cutebabygirl♥ said...

kat kampung ni sape yang tinggal?
manusia ke mangkuk??
hahahahahaha~~

roshaizul said...

manusia, mangkuk dan seluruh isi alam

tunbegia said...

sungguh unik nama kampung kanns,

salamm,

Anonymous said...

cuti baru ni saya pergi kelantan & blk ikut terengganu. tiba2 semasa b'henti di spg 3, saya t,nmpk pemandangan yg sgt m'asyikkan di kg mangkuk. tp x b'henti pun sbb hari hujan. cuti panjang ni nak pegi berjalan lg tp mmg nak menuju ke kg mangkuk saja, x puas hati...

Anonymous said...

yang pasti gelaran mangkuk kepada mereka yang berkepala sengal mungkin tiada kaitan dengan penduduk kampung ini...terbaek..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin