Friday, August 20, 2010

Dari Atas Pasar Kedai Payang

Tempoh hari aku disaman oleh kakitangan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu kerana aku memakir kereta melebihi had masa. Sempat juga aku bertanya encik yang menyaman aku, dimanakah perlu aku membayar saman itu. Dengan senyuman beliau menjawab, atas Pasar Payang bos!

Terus sahaja aku ke atas Pasar Payang untuk membayar saman. Menariknya, aku hanya perlu membayar RM5 sahaja juga aku membayar dalam tempoh 1-3 hari selepas disaman.

Tak di sangka ada pejabat yang cantik dan sistematik di atas Pasar Payang yang agak berserabut itu. Menariknya, pejabat itu mengamalkan konsep 5s!

Dari atas Pasar Payang juga, aku dapat melihat Kuala Terengganu dalam erti kata yang sebenar. Pertemuan antara Sungai Terengganu dan Laut China Selatan.








Kalau sesekali kau ke Pasar Payang, apa kata kau naik ke tingkat atas sekali untuk menyaksikan Kuala Terengganu yang sebenar.

2 comments:

en_me said...

nampak atap rumah jerr..
tp menarik kanns.. ehehe

roshaizul said...

bukan atap rumah tu. atap kedai...