Pages

Wednesday, August 18, 2010

Papan Tanda Menyembah Bumi


Kasihan papan tanda itu. Roboh menyembah longkang. Kalau ia adalah bayi, pasti menjadi tajuk muka hadapan akhbar arus perdana.

Sebenarnya, papan tanda itu merupakan papan tanda untuk terowong pejalan kaki antara Mydin Mall dengan taman rekreasi yang berhadapan dengan Bukit Besar.


Kalau diteliti, pembinaan terowong itu sangat tidak kemas. Barangkali kontraktor kurang berpengalaman tetapi mempunyai 'kabel' yang besar.

Juga, terowong itu agak sunyi juga sebenarnya. Adalah dicadangkan dipasang lampu sepanjang terowong itu.


Juga, amat dikesali sikap segelintir pengguna terowong yang sesuka hati membuang sampah. Hey, Terengganu negeri pelancongan. Pasti memalukan bila pelancong melihat keadaan kotor di situ.

Sesuatu perlu dilakukan terhadap torowong itu...

2 comments:

asrul_amanda said...

Terowong tu dah lama dibuat. Masa saya kecik pun dah ada. Saya membesar zaman 90an di Kuala Terengganu. Sekarang umur saya 20. Terowong tu masih kukuh sampai hari ni.

Jujur. Saya ingat terowong tu tong sampah. Sebab gelap je. Tak berani pulak saya gi dekat dari dulu. Takut busuk. hehe. Rupanya saya silap.

Saya cuma tau 'tong sampah' tu sebenarnya satu terowong tahun ni. Sebab tersiar dalam Berita Hairan.

roshaizul said...

hahahaha,

itu la pasal. terowong jadi projek gajah putih...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin