Pages

Sunday, July 25, 2010

Stesen Bas Dungun Yang Baru

Dulu, lewat 2008 aku pernah buat post tentang Stesen Bas Dungun. Masa tu masih bujang, dan mata ini agak keranjang. Hahahaha

Tapi, sekarang stesen bas itu tiada lagi. Ia sudah dipindahkan ke Kuala Dungun berhadapan Peladang Dungun. Barangkali ia antara usaha Majlis Perbandaran Dungun untuk menghidupkan kembali Kuala Dungun yang kian sepi. Barangkali juga ia sebagai langkah untuk meningkatkan keselamatan dan keselesaan pengguna yang akan menaiki bas dari Dungun.


Dengan adanya stesen bas di lokasi baru tersebut, bas dari Kuala Terengganu akan melalui Tanjung Jara dan tembus ke jambatan yang merentasi Kuala Dungun. Lebih efisyen aku kira.

Kalau kau bukan penduduk Dungun dan tak pernah sampai ke Dungun pasti kau terpisat-pisat membaca post ini. Ahhh...abaikan sahaja post ini. Kau boleh baca post aku yang lain. Hahahahaha


p/s: Gambar diambil pada hari Selasa. Jadi, orang memang tidak ramai pada hari itu.

Friday, July 23, 2010

Masjid Shah Alam

Kalau kau pergi ke Shah Alam, tempat ini mesti kau pergi. Ia menjadi mercu tanda Shah Alam. Kalau tak silap aku, wang pembinaan Masjid Shah Alam ini adalah dari sumbangan penghargaan kerajaan Malaysia kepada kerajaan negeri Selangor kerana membenarkan Kuala Lumpur dijadikan Wilayah Persekutuan.

Memang sangat cantik masjid Shah Alam. Juga, sangat luas dan besar. Agak melelahkan juga apabila menaiki tangga untuk ke dewan solat utama.

Menarik lagi, terdapat juga pengawal keselamatan merangkap pemandu pelancong di masjid Shah Alam.


Juga, kedapatan gerai jualan di kaki lima masjid. Pelbagai barangan ada dijual. Antaranya tudung, minyak wangi, buku, kerepek dan kurma.


Tapi, bila ke sini jangan kau lupa untuk solat. Kalau fardu sudah dibuat, buat sahaja yang sunat. Tapi, pastikan ia bukan waktu haram untuk solat.

p/s: Ini post aku paling islamik.

Wednesday, July 21, 2010

Fikir Dahulu Sebelum Buang

Kisah lama.

Selepas memberi ikan makan kaki aku, aku bersiar-siar di sekitar Pusat Beli-Belah Taman Equine. Sekonyong-konyong kedapatan sebuah peti lutsinar di hadapan aku. Owh, rupa-rupanya peti itu untuk membuang telefon bimbit kau yang sudah tidak berguna lagi.


Tahukah kau bahawa di Jepun, kau harus membayar apabila kau menghantar barang kau yang tidak berguna ke pusat kitar semula? Kiranya, jika kau mahu membuang telefon lama kau itu, kau harus membayarnya!

Di Jepun juga, industri kitar semula adalah menguntungkan. Kau perlu tahu bahawa dalam barangan elektrik, elektronik dan telekomunikasi terdapat emas di dalamnya. Kalau pun tidak banyak, ia pasti ada kerana emas adalah pengalir elektrik yang baik. Selain emas, terdapat juga material lain yang kau boleh dapat. Contohnya timah dan plastik. Jadi tidak hairanlah industri kitar semula di Jepun begitu menguntungkan. Orang hantar barang pada kau dapat duit, kemudian kau leraikan barang tersebut pun boleh dapat duit! (Wah, ini sudah macam blog buat duit)

Ok, kembali ke Pusat Beli Belah Taman Equine.

Bersebelahan tong untuk buang telefon lama, terdapt sebuah tong lain untuk kau meletakkan pakaian kau yang masih elok tetapi agak sendat di beberapa bahagian. Hahahaha. Pakaian kau itu tidak akan dikitar semula. Tapi akan diberi kepada insan lain yang lebih memerlukan...

Saturday, July 17, 2010

Stokin Yang Berjaya Mengaburi Pihak Lawan

Manusia kini semakin pintar. Tahukah kau bahawa pengetahuan yang kau dapat pada sehari pada masa sekarang adalah sama dengan pengetahuan sepanjang hayat manusia pada abad 17? Owh, ini bukan aku yang cakap, tapi ada seorang Mat Saleh yang berkata demikian. Malangnya, aku lupa apakah nama beliau.

Juga, manusia sekrang semakin kreatif. Kau perhatikan gambar di bawah. Gambar kaki anak saudara aku, Anas. Mulanya aku kira beliau berkasut. Rupanya-rupanya beliau memakai stokin yang reka coraknya sama seperti kasut. Cis! Budak berumur kurang setahun itu telah berjaya mengaburi mata aku!!!

Wednesday, July 14, 2010

Bisnes Yang Lumayan

Hujung bulan lepas, aku ke Shah Alam, menghantar anak saudara aku ke majlis perkahwinan beliau. Lalu, sempat juga aku bersiar-siar sekitar Kuala Lumpur.

Aku dibawa ke Jusco Taman Equin. Sebetulnya, aku tidak tahu secara tepat lokasinya. Hanya mengikuti sahaja abang ipar aku yang sudah lama berkelana di Bangi.

Pada pintu masuk Jusco Taman Equin, terdapat sebuah kolam yang dipenuhi ikan. 


Sebagai orang kampung, terdetik juga dalam hati aku. "Apa kejadahnya bela ikan dalam shopping complex?" Rupa-rupanya ia adalah Fish Spa.


Murah sahaja Fish Spa ni. Hanya RM5 bagi 10 minit kau memberi ikan 'makan' kaki kau.


Sebenarnya, ikan tersebut tidaklah memakan kaki kau seperti mana ikan pirana membaham mangsanya. Ikan-ikan itu akan makan sel-sel kulit mati di kaki kau. Kiranya, kalau kaki kau busuk, banyaklah ikan akan mengerumuni kaki kau. Macam kaki aku di atas, tidak berapa busuk, itu pasal la ikan tak berapa banyak nak makan kaki aku. Hahahahaha

Bisnes Fish Spa ni memang untung. Kau hanya perlu modal ikan dan kolam. Kemudian, amat pasti ikan itu kau tak perlu bagi makan. Malahan, kau yang akan dibayar apabila sesorang memberi ikan kau makan.

Erm...ada erfikir juga ni...

Monday, July 12, 2010

Makin Mahal

Harga barang di Dungun semakin mahal. Keropok lekor goreng yang panjangnya kurang sejengkal dijual dengan harga 3 batang = RM1.

Jauh bezanya dengan harga di Kuala Terengganu yang mana kau boleh dapat keropok lekor goreng yang lebih sedap dengan harga seringgit untuk 5 batang.

Tidak hairanlah kedai yang menjual tersebut boleh mencecah untung kasar RM3000 sehari. Kisah kejayaannya pernah tersiar di televisyen.

Tapi, mengikut pemerhatian kasar aku, kedai tersebut semakin kurang pelanggannya...

p/s: Sepatutnya ada tiga batang keropok lekor. Satu lagi sudah ada dalam perut aku. Hahahahaha

Saturday, July 10, 2010

Tak Cukup Huruf "G"

Tempoh hari, tergerak hati aku bersama kawan-kawan untuk solat di Masjid Biru yang terletak di Pantai Teluk Lipat di Dungun. Tiba-tiba kelihatan sebuah tabung derma di pintu masuk tandas masjid tersebut.


Perhatikan tulisan huruf T A B O N. Berbeza sekali dengan tulisan huruf G. Barangkali ejaan asal yang ditulis adalah TABON. Tapi seseorang yang prihatin telah menambah huruf G. Barangkali penulis ejaan TABON ingin menulis dalam bahasa yang diucapkan oleh orang Kuala Lumpur

Thursday, July 08, 2010

Senaman Kucing

Ada suatu  ketika, sedang berdating dengan Pn. Nurul, di Pantai Teluk Gadung, kelihatan seekor kucing sedang membuat senaman. Barangkali. Ataupun beliau berusaha mencari makanan di tong sampah itu. Kasihan...

Tuesday, July 06, 2010

Ikan Segar Terbaik Dari Laut

Lama tidaak mengemaskini blog ini. Bukannya kerana tiada bahan. Bukan juga kerana kesibukan. Tapi kerana kemalasan. Hahahaha

Ok, harapannya agar aku akan senantiasa mengemaskini blog mulai saat ini.

Kembali ke tajuk. Ikan segar. Sebagai orang yang asalnya duduk jauh di hulu pedalaman, agak jarang rasanya untuk menikmati ikan segar dari laut. Seringkali di Bandar Tenggara sana, kami sekeluarga memakan ikan yang sudah tidak gebu, warnanya sudah kusam, matanya sudah merah dan rasanya masin kerana diawet dengan garam dan ais.

Teruja juga dila mula sampai ke Dungun 5 tahun yang lampau. Pantainya cantik, gadisnya comel (hahahahaha) dan makanannya segar. Pengalaman yang menarik pada aku.

Kerap kali juga, sepanjang hidup di Dungun ini aku melihat nelayan mendaratkan ikan.


Berkira-kira juga untuk membeli ikan terus dari nelayan itu. Tapi, kerlingan mata tajam peraih ikan menyebabkan aku membatalkan sahaja niat aku. Peraih tersebut kemudiannya menjual ikan tersebut dengan harga RM25 sekilo. Ikan apakah ia? Entahlah, aku mana kenal jenis ikan. Hahahahaha

p/s: Gambar diambil di jeti Kuala Dungun berhadapan Pasar Besar Dungun

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin