Showing posts with label taman equin. Show all posts
Showing posts with label taman equin. Show all posts

Wednesday, July 21, 2010

Fikir Dahulu Sebelum Buang

Kisah lama.

Selepas memberi ikan makan kaki aku, aku bersiar-siar di sekitar Pusat Beli-Belah Taman Equine. Sekonyong-konyong kedapatan sebuah peti lutsinar di hadapan aku. Owh, rupa-rupanya peti itu untuk membuang telefon bimbit kau yang sudah tidak berguna lagi.


Tahukah kau bahawa di Jepun, kau harus membayar apabila kau menghantar barang kau yang tidak berguna ke pusat kitar semula? Kiranya, jika kau mahu membuang telefon lama kau itu, kau harus membayarnya!

Di Jepun juga, industri kitar semula adalah menguntungkan. Kau perlu tahu bahawa dalam barangan elektrik, elektronik dan telekomunikasi terdapat emas di dalamnya. Kalau pun tidak banyak, ia pasti ada kerana emas adalah pengalir elektrik yang baik. Selain emas, terdapat juga material lain yang kau boleh dapat. Contohnya timah dan plastik. Jadi tidak hairanlah industri kitar semula di Jepun begitu menguntungkan. Orang hantar barang pada kau dapat duit, kemudian kau leraikan barang tersebut pun boleh dapat duit! (Wah, ini sudah macam blog buat duit)

Ok, kembali ke Pusat Beli Belah Taman Equine.

Bersebelahan tong untuk buang telefon lama, terdapt sebuah tong lain untuk kau meletakkan pakaian kau yang masih elok tetapi agak sendat di beberapa bahagian. Hahahaha. Pakaian kau itu tidak akan dikitar semula. Tapi akan diberi kepada insan lain yang lebih memerlukan...

Wednesday, July 14, 2010

Bisnes Yang Lumayan

Hujung bulan lepas, aku ke Shah Alam, menghantar anak saudara aku ke majlis perkahwinan beliau. Lalu, sempat juga aku bersiar-siar sekitar Kuala Lumpur.

Aku dibawa ke Jusco Taman Equin. Sebetulnya, aku tidak tahu secara tepat lokasinya. Hanya mengikuti sahaja abang ipar aku yang sudah lama berkelana di Bangi.

Pada pintu masuk Jusco Taman Equin, terdapat sebuah kolam yang dipenuhi ikan. 


Sebagai orang kampung, terdetik juga dalam hati aku. "Apa kejadahnya bela ikan dalam shopping complex?" Rupa-rupanya ia adalah Fish Spa.


Murah sahaja Fish Spa ni. Hanya RM5 bagi 10 minit kau memberi ikan 'makan' kaki kau.


Sebenarnya, ikan tersebut tidaklah memakan kaki kau seperti mana ikan pirana membaham mangsanya. Ikan-ikan itu akan makan sel-sel kulit mati di kaki kau. Kiranya, kalau kaki kau busuk, banyaklah ikan akan mengerumuni kaki kau. Macam kaki aku di atas, tidak berapa busuk, itu pasal la ikan tak berapa banyak nak makan kaki aku. Hahahahaha

Bisnes Fish Spa ni memang untung. Kau hanya perlu modal ikan dan kolam. Kemudian, amat pasti ikan itu kau tak perlu bagi makan. Malahan, kau yang akan dibayar apabila sesorang memberi ikan kau makan.

Erm...ada erfikir juga ni...