Showing posts with label Bangi. Show all posts
Showing posts with label Bangi. Show all posts

Monday, January 30, 2012

Untuk Dijual: Beg Laptop Belkin 14"

Lama tak menjual dalam blog ni. Ialah, blog ini bukan blog menjual. Hahahahaha. Malas cerita panjang, tengok ni apa yang aku nak jual. :-)






Ini beg laptop Belkin. Sesuai untuk laptop 14". Tapi, ada juga pembeli sebelum ni yang kata laptop 15" pun muat.

Harga, 3 Dirham. Ataupun RM80.

Kos pos ada 2 pilihan. Kalau nak cepat, boleh pilih pos laju, RM22. Kalau lambat sikit, barang akan dihantar menggunakan pos parcel, RM7. Tapi, harga tu untuk semenanjung Malaysia ya. Kalau Sabah/Sarawak sms/call aku dulu. :-)

Tapi, aku lebih suka untuk Cash On Delivery (COD) di Dungun atau Kuala Terengganu.

Apa-apa hal jangan segan untuk call/sms 019-7223166 (Nizam).

Owh, lupa nak begitahu. Kalau kau berada di Balakong atau Bangi, boleh call abang ipar aku untuk tengok beg laptop Belkin ni atau nak beli. 014-2166920 (Saufi)

Wednesday, July 14, 2010

Bisnes Yang Lumayan

Hujung bulan lepas, aku ke Shah Alam, menghantar anak saudara aku ke majlis perkahwinan beliau. Lalu, sempat juga aku bersiar-siar sekitar Kuala Lumpur.

Aku dibawa ke Jusco Taman Equin. Sebetulnya, aku tidak tahu secara tepat lokasinya. Hanya mengikuti sahaja abang ipar aku yang sudah lama berkelana di Bangi.

Pada pintu masuk Jusco Taman Equin, terdapat sebuah kolam yang dipenuhi ikan. 


Sebagai orang kampung, terdetik juga dalam hati aku. "Apa kejadahnya bela ikan dalam shopping complex?" Rupa-rupanya ia adalah Fish Spa.


Murah sahaja Fish Spa ni. Hanya RM5 bagi 10 minit kau memberi ikan 'makan' kaki kau.


Sebenarnya, ikan tersebut tidaklah memakan kaki kau seperti mana ikan pirana membaham mangsanya. Ikan-ikan itu akan makan sel-sel kulit mati di kaki kau. Kiranya, kalau kaki kau busuk, banyaklah ikan akan mengerumuni kaki kau. Macam kaki aku di atas, tidak berapa busuk, itu pasal la ikan tak berapa banyak nak makan kaki aku. Hahahahaha

Bisnes Fish Spa ni memang untung. Kau hanya perlu modal ikan dan kolam. Kemudian, amat pasti ikan itu kau tak perlu bagi makan. Malahan, kau yang akan dibayar apabila sesorang memberi ikan kau makan.

Erm...ada erfikir juga ni...

Tuesday, June 24, 2008

Kekusutan Melanda Jiwa

Kisah ni dah lama. Kira-kira 2 bulan lepas. Aku kena observe budak-budak poli Dungun yang buat praktikal di Lembah Kelang kerja selama tiga hari. Sebelum ini aku memang tak pernah ke Lembah Kelang dengan berkereta. Adalah dua tiga kali aku ke Lembah Kelang dengan bas dan ronda-ronda ibukota dengan keretapi (komuter, LRT, STAR, Monorel). Mula-mula cuak juga hendak ke Lembah Kelang. Tapi, aku redah, janji kerja aku siap!!!

Sepanjang di Lembah Kelang, ada beberapa perkara menarik yang aku hendak kongsikan bersama. Mungkin pada pandangan orang Lembah Kelang perkara yang akan aku nyatakan di bawah adalah perkara biasa, tapi pada aku ianya adalah luar biasa bagus (sambil mengangkat kedua-dua ibu jari tangan --- gaya CNI --- apa yang aku repekkan ni?)

1. Di Jalan Brunei, Pudu, aku tengok daging babi di jual di tepi jalan. Selamba. Lalu aku dapatlah melihat kaki babi yang gebu digantung bagi menarik perhatian pelanggan. Huhuhuhuhuhuh

2. Sedang aku dan rakanku berpusing-pusing di Shah Alam untuk mencari Seksyen 13, tiba-tiba aku dengar bunyi hon dari sebuah kereta bernombor pendaftaran KL yang dipandu oleh seorang kakak yang cun. Dia tanya aku. "Dik, macam mana nak pergi Seksyen 27?". Aku dengan muka yang kusut menjawab, "Tah la kak, saya pun tengok peta ni, nak cari Seksyen 13". Tapi dalam hati aku berkata "Aik? Orang KL pun tak tahu jalan KL?" Huhuhuhuh, sungguh syahdu

3. Jalan di Shah Alam banyak bulatan. Bulatan Kemajuan, Bulatan Pinggiran, dan bermacam-macam nama bulatan lagi(di kampung aku, Bandar Tenggara hanya ada satu bulatan sahaja). Bila kami sesat di bulatan-bulatan tersebut, kami akan pusing bulatan tersebut empat lima kali sambil menelifon rakan-rakan yang mahir dengan bulatan-bulatan di Shah Alam. "Hello Jul, aku kat Bulatan Kemajuan nak pergi Seksyen 13, aku nak ikut pukul berapa ni?!!!"

4.
Sykt Lekir Jati: Bangi ngan Putrajaya dekat jer
Aku: Ye ke dekat? Kalau tengok peta ni macam jauh je
Sykt Lekir Jati: Iye... memang dekat
Aku: Brapa dekat tu?
Sykt Lekir Jati: Dalam 20 minit jer..
Aku: ????

(Perbualan Telifon)
Aku: Jul, dekat tak Klang dengan Shah Alam?
Azrul: Dekat jer...
Aku: Brapa dekat?
Azrul: lebih kurang 20km jer...
Aku:???

Orang Lembah Kelang kata 20km, 20 minit dekat. Aku rasa jauh!!! Aku dari Dungun hendak ke Paka pun rasa malas. Orang Lembah Kelang setakat Bangi-Putrajaya, Klang-Shah Alam dekat jer...

5. Jalan sikit tol. Jalan banyak sikit lagi banyaklah kena bayar tol. Tol, tol dan tol... Kini aku fahamlah kenapa Selangor jatuh ke tangan pembangkang...

6. Jalan di Lembah Kelang berselirat! Aku jadi keliru dan bingung. Dari Shah Alam kami boleh sesat sampai Lapangan Terbang Subang dan nyaris-nyaris nak sampai Rawang. Dari Keramat ke Pudu kami ambil masa lebih sejam! Walhal jalan tidaklah begitu sesak...

7. Muka orang Lembah Kelang ketat dan kelat. Barangkali kerana tekanan kerja, kesesakan lalu lintas dan kos sara hidup tinggi. Syukur aku kerja di Dungun. Bandar yang tenang sehingga lembu boleh menguasai jalan raya. Huhuhuhuhuuh

Kesimpulannya Lembah Kelang memang kusut!!!

p/s: Er... ada kaitan ke cerita aku dengan tajuk?