Wednesday, March 30, 2011

Budak Gemuk, Jadi Penjaga Gol

Semasa aku darjah 1, berat badan aku sudah 40kg. Jadi, berat badan bukan masalah besar bagi aku. Kini, menjejak usia 30tahun, berat badan aku boleh diukur dalam unit tan.

Jadi, aku sudah amat lali dengan cacian dan pandangan serong orang terhadap aku. Alah biasa tegal biasa. "Aku punya badan, apa kau susah. Apa mak bapak kau bagi aku makan ke?" Hahahahahah. Itu antara ayat panas yang sering aku ucapkan jika ada kejian terhadap saiz badan aku. Ternyata ayat itu amat berkesan kerana ia akan mengguris hati di sudut paling dalam orang yang mendengarnya.

Juga kerana saiz badan aku ini, bidang sukan yang aku ceburi adalah lontar peluru, rejam lembing dan lempar cakera. Jika ada acara baling tukul besi semasa kejohanan rumah sukan di sekolah dahulu, pasti nama aku turut tersenarai untuk mewakili rumah kuning.

Jika dalam acara berpasukan pula, aku sering sahaja menjadi penjaga gol. Bola sepak, hoki dan bola baling. Alasannya mudah. Budak gemuk lambat berlari dan akan memenuhi ruang pintu gol. Itu sudah pasti menyukarkan pihak lawan. Aku rasa itu sesuatu yang biasa bagi seorang budak gemuk. Tempoh hari di padang SK Bukit Payung, aku terlihat situasi ini.




Aku teringat aku 21 tahun yang lampau...

2 comments:

Anonymous said...

haha!

Saya masa sekolah masih kecik.

Masuk je Univ, mengelembung macam kena pam.
Sekarang dah jisin 73kg/166cm

orangkayabertaqwa said...

itu satu kelebihan. kira macam parking VIP tuu.. lagipun, best jadi keeper. rileks jer.. tapi aku jarang dapat jadi keeper sbb kecik sgt & pendek sgt time sekolah dulu...