Tuesday, January 10, 2012

Deposit Siling

Kata pakar kewangan peribadi, kau harus menyimpan 20% dari gaji kau setiap bulan. Katakan gaji kau RM2000, jadi, kau perlu menyimpan RM400 sebulan.

Kelihatannya sangat berat, tapi, kau harus set dalam otak kau bahawa gaji kau adalah RM1600, bukan RM400. Bagi menghasilkan kesan maksimum, kau boleh buat potongan gaji automatik sebayak RM400  ke dalam Tabung Haji.

Kenapa Tabung Haji? Sebab, di Tabung Haji kau sukar nak keluar duit. Kalau nak keluar juga, kau mesti keluarkan di kaunter Tabung Haji melalui buku akaun.  Bagi kesan yang lebih dramatik, kau boleh melemparkan buku akaun Tabung Haji kau ke dalam laut. 10 tahun kemudian, barulah kau melaporkan kepada Tabung Haji mengenai "kehilangan" buku akaun kau. Aku jamin selapas 10 tahun  duit dalam akaun Tabung Haju kau paling kurang adalah RM40,000.

Tapi, yang sebenarnya menyimpan dalam Tabung Haji adalah antara cara yang boleh dilakukan bagi mencerahkan peluang menunaikan ibadah haji.

Ataupun, kalau kau rasa cara di atas agak sukar, kau boleh cuba untuk menyimpan duit siling. Simpan 50sen sehari, sebulan sudah RM15. Boleh la kan, dari takde. Siapa yang suka hati nak bagi kau RM15?

Kalau aku, aku jarang membayar dengan duit siling. Kalau harga barang RM1.10, aku akan bayar RM2. Baki 90sen aku akan masukkan ke dalam tabung. Pengalaman aku, aku sangat tidak terasa untuk korek tabung duit siling aku. Ialah, duit siling, lainlah kalau duit kertas warna merah, teringin juga rasanya nak korek tabung. Hahahahaha

Kalau tabung siling kau sudah penuh, aku cadangkan kau depositkan sahaja ke Tabung Haji. Masa tu juga deposit kau diterima dan dicatat dalam buku akaun. Kalau kau depositkan siling kau di bank, biasanya 3hari kemudian baru bank update dalam akaun kau.



Arg! Barangkali ada yang merasa amat membuang masa menabung duit siling. Tapi, percayalah kalau kau istiqamah, pasti ada hasilnya. Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit!

1 comment:

orangkayabertaqwa said...

skrg tabung haji pun senang korek..

guna kad bank islam atau kad bank rakyat jer,,

kau boleh korek sehingga keraknya..

simpanlah dgn berzakat & sedekah..

bukan sahaja akaun simpanan kau boleh digunakan di akhirat time2 ringgit malaysia yg kau simpan pada mula2nya tadi dah tak laku.. bahkan rezeki didunia juga akan bertambah sama ada secara fizikal atau dari segi nilai iaitu nilai sama tetapi berkat & cukup..