Juga, untuk cicak, kadang-kala aku gunakan lastik getah. Walaupun kebarangkalian untuk kena sangat tinggi (kerana kecekapan aku, hahahaha), tetapi, cicak itu tidak juga mati. Palaing dahsyat, dia jatuh dan memutuskan ekornya. Kalau sempat, aku akan cuba memijak atau memukulnya dengan penyapu. Tapi, pada kebanyakan masa, tidak sempat.
Penyelesaian tiada, dalam tempoh yang lama.
Tiba-tiba, pada suatu hari, tatkala bersuka-ria di Giant Kuala Terengganu, aku terjumpa suatu benda ajaib.
Ridsect Roach Trap
Benda ini separa DIY. Ia dijual dalam kotak yang mengandungi 5 buah perangkap. Ia sangat sesuai untuk memerangkap lipas dan cicak. Harga sekotak RM6.50 sahaja. Benda ni mudah je. Ada gam pada permukaannya, kemudian letak umpan. Cicak/lipas akan mengesan pergi ke umpan itu. Tapi, malangnya mereka (mereka?) akan terlekat pada gam itu.
Aku membeli, lalu mencubanya. Arahan penggunaan cukup mudah. Juga, umpan turut disediakan. Jadi tak payahlah kau nak cari tulang ikan ke, nasi basi ke, sayaur busuk ke.
Kalau ikut manual penggunaan, kalau kau letak perangkap ni, kemudian tiada cicak/lipas yang masuk dalam tempoh 3 hari, kau perlu ubah ke tempat lain. Tapi, bila sudah sebulan tiada hasil, kau harus buang perangkap tu kerana gamnya sudah tidak efektif.
Tapi, perangkap yang aku pasang, 2 hari sudah penuh! Memang mujarab (mujarab?) perangkap Ridsect Roach Trap.
Cicak tu ada macam cicak toket tak? Hahahahaha
p/s: Ridsect tidak membayar aku untuk post ini. Ini merupakan tulisan ikhlas mengenai keberkesanan produk ni. :-)
5 comments:
tu lah cicak kubin bro.. hahaha..
ade kan pepatah. kurus macam cicak kuben. :)
kau kene fwd tulisan kau ke sara lee (tauke ridsect ni) supaya kau dibayar saguhati..
@Arthur Rae,
Owh ye ke, pada aku semua cicak sama je. huhuhuhuh
@luqman,
hahahahaha, boleh kot.
tengok gambar cicak beramai2 sebegitu , terus terasa macam nak pengsan kegelian.
iiuu,, byknya.. xsanggup nak tgk..
nk try guna juga lah,
Post a Comment