Pages

Monday, April 28, 2014

Rayuan 2014

Sudah lama aku tak membaca rayuan pelajar pada kertas jawapan peperiksaan akhir semester. Dulu tahun 2009 dan 2010 aku pernah menulis mengenainya.

Sejak itu, aku kerap pesan kepada pelajar aku supaya tidak menulis rayuan pada kertas peperiksan akhir semester. Tapi, entah macam mana, pada semester ini, aku terlupa! Inilah hasilnya...


Salam kepada pemeriksa kertas plat technology ini, saya mohon jasa baik tuan/puan agar memberikan saya lulus untuk kursus JJ618 ini. Ini merupakan sem last saya di PSMZA. Saya harap dengan jasa baik tuan/puan dapat membantu saya. Terima kasih.


Cik tolong lah beri saya lulus. Saya dah sem lah nie.


Harap cik Nizam tolong saya cik. Kerja sama cik amat saya hargai. Ni je last subjek saya cik. Subjek lain dah lulus.


Saya dah cuba sedaya upaya, harap cik dapat membantu saya.

Dulu, mungkin aku agak marah bila membaca rayuan ini. Tapi, sekarang, memandangkan usia dah meningkat, aku hanya tersenyum membaca rayuan-rayuan tersebut. Pada aku kini, ini merupakan last resort atas usaha pelajar tersebut.

Namun, mengikut pengalaman aku, pelajar yang membuat rayuan sebegini adalah pelajar yang sederhana. Beliau boleh lulus, tapi tidak mempunyai keyakinan bahawa mereka boleh lulus. Pelajar yang lemah biasanya akan bersedia dan redha dengan kegagalan. Manakala pelajar yang cemerlang, sudah tentu sudah yakin mereka boleh lulus!

Seperti biasa, sama seperti semester-semester sebelum ini, akan ada pelajar yang gagal. Itu normal pada aku. Aku tidak mengatakan pelajar yang gagal itu bodoh. Tapi, mereka belum mencapai tahap piawai untuk lulus. Pada semester ini lebih kurang 8% pelajar aku gagal dengan markah bawah 50%. Manakala lebih kurang 4% mendapat A dengan markah lebih 80%. Purata markah keseluruhan lebih kurang 60%, dalam julat B-.

Setelah diselidiki, beberapa sebab pelajar gagal.

1- Tidak menghantar Case Study dan tidak membuat Ujian. Ini faktor pelajar itu sendiri. Malas. Kebayakan pelajar yang gagal berada dalam kategori ini.

2- Tidak dapat menjawab Ujian dan Peperiksaan Akhir dengan baik. Pelajar yang gagal aku rasa jenis pelajar Auditory. Kaedah pengajaran aku banyak menerapkan kaedah visual dan kinestetik. Aku masih belum mahir kaedah Auditory, kerana aku secara normanya adalah seorang yang visual dan kinestetik. Pelajar perempuan biasanya Auditory. Dan, pelajar perempuan jarang cemerlang dalam kelas aku. Ini bukan masalah ketidaksamaan gender. Tapi, masalah aku yang belum mengusai kemahiran pedagogi kinestetik.

Apa-apa pun, tahniah kepada pelajar aku yang lulus. Yang gagal, boleh cuba lagi. Tapi, jangan sampai 3 kali cuba. Kalau tak, kau boleh mengucapkan selamat tinggal kepada PSMZA tanpa diploma!

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin