Saturday, September 22, 2018

Kedai Makan Terbaik di Dungun: Kedai Coklat Berkelip

Lama sudah aku duduk Dungun. Ia merupakan tempat yang paling lama aku menetap sepanjang hidup aku.
Hidup di Dungun mudah dan tenang. Ada pantai, tidak sesak dan kemudahan serba lengkap.
Namun, aku sudah sedikit bosan dengan makanan di sini. Barangkali aku kerap ke kedai yang sama selama beberapa tahun.
Oleh itu, bagi menghilangkan kebosanan itu, aku dan Pn. Nurul mula menjelajah ke kedai yang tak pernah kami kunjungi. Kedai-kedai ini kebanyakannya tidak popular, tidak tular, pelanggan tak ramai dan biasanya baru dibuka.
Jadi, mulai minggu ini, aku akan usahakan menulis secara berkala kedai makan “yang lain” yang ada di Dungun. Ialah, nak tulis pasal benda lain, aku tak reti. Pasal makan sahajalah yang aku tahu.
—-
Kalau kau nak lepak dengan tenang atau nak jumpa prospek atau nak berduaan dengan isteri, aku cadangkan kau ke Kedai Coklat Berkelip. Kedai ini terletak di Taman Permint Indah Dungun. Sebaris dengan Muezza Cat House.
Kedai ini asalnya, kalau tak silap aku, jual kek. Tapi, kalau tengok menunya, banyak makanan barat.
Dekorasi kedai ini memang cantik. Rasa selesa duduk dalam kedainya. Rasa nak makan banyak pun ada, sebab keselesaannya. Kah kah kah.
Kami memesan Chicken Chop Grill dan Nescafe. Chicken chopnya pada aku biasa sahaja. Sedap, tapi seadanya sahaja.
Namun, nescafenya memang sedap. Mereka pakai susu segar. Rasa lemaknya. Ia juga tak terlalu manis dan tak terlalu pahit. Sedap ya ampun. Sesuai sangat dengan tekak aku. Sambil menulis ini, aku rasa mengences, kepingin sangat dengan nescafenya.
Kedai ini dibuka dari jam 10 pagi hingga 8 malam. Balik kerja, melepak di sini memang ngam!

Doodle di dinding. Cantik. Aku tiada ketekunan untuk buat doodle seperinci ini.

Bahagian dalam. Boleh nampak mereka buat air di penjuru sana.

Bahagian luar. Kalau kau suka tengok kenderaan lalu lalang, elok duduk di sini.

Siap ada hiasan atas meja.

Nah, ini menunya. Sila zoom.

Nah, ini menunya. Sila zoom.

Ini Chicken Chip Grill. Bau sedap. Cuba kau cium gambar. Bau tak?

Tak bau tengok gambar tadi? Cuba cium gambar ni pula.

No comments: