Tuesday, September 18, 2018

Sunting Video Gempak dengan Apps Quik.



Video ini aku edit sejam lebih sikit sahaja. Tapi, nak upload bukan main lama. Dari pukul 9.30 malam. Ini nak masuk tengah malam, baru siap.
Lama dah aku bengang dengan Streamyx. Asal malam je lajunya macam siput. Siput babi. Kalau siput sedut boleh juga makan. 
Kau jangan suruh aku report. Aku sampai malas dah nak report. 
Kau jangan suruh aku potong line. Streamyx ini adalah yang terbaik di kawasan rumah aku dari segi capaian dan keperluan data internet aku. 
Dari satu sudut, kesiput babian Streamyx pada waktu malam ada hikmahnya. Ia mengajar aku untuk bersabar. Ya kawan-kawan, benda bernama sabar ini bukan datang macam itu sahaja. Dia datang sekali dengan ujian. Dan aku diuji dengan Streamyx lembab.
----
Asalnya post ini aku nak cerita pasal apps untuk edit video.
Selama ini aku edit video guna komputer. Guna perisian macam-macam. Nak buat typographic guna Fireworks. Nak effect terbang lompat berapi, guna After Effect. Nak edit guna Primier.
Biasanya, kalau nak edit video makan masa berhari-hari. Bagi satu minit video, untuk edit pada kadar kualiti yang sederhana, aku perlukan masa lebih kurang 2-4 jam.
Tapi, menjelang berakhirnya Wawasan 2020, aku patut seiring dengan zaman. Ada kawan-kawan yang mengesyorkan aku menggunakan telefon bimbit untuk edit video. Aku menyahut syoran itu. 
Sebetulnya, banyak apps percuma untuk edit video. Tapi, kebanyakkan ada watermark. Ada tu sama besar video dengan watermark. Macam tak ikhlas nak bagi percuma.
Tapi, melalui carian internet, ramai yang mencadangkan QUIK. Aku cuba buat pertama kali. Dan hasilnya mengkagumkan.
Video di bawah aku edit dengan apps QUIK. Dalam tempoh sejam setengah sahaja aku berjaya cuba-jaya dan edit video. 
Video ini kalau edit pakai desktop, sampai muka aku tumbuh jerawat dan belakang aku sakit, baru boleh siap. 
Tetapi, sebab aku biasa edit video pakai desktop, aku rasa kurang puas edit pakai telefon bimbit. Rasa macam kencing tak lawas. Ialah, benda baharu, mungkin ambil masa sedikit.
Aku cuba lagi untuk explore apps ni dalam seminggu dua ini.
Jika ada permintaan, aku bercadang untuk tulis sedikit panduan penggunaan apps QUIK ini. Itu pun kalau ada permintaan.
Kalau post ini dapat 150 like, 50 komen dan 10 share aku akan tulis panduan tersebut. Kalau tiada permintaan, buat apa aku tulis. Kan?
Panduan tersebut mungkin bertajuk:
A- Panduan QUIC untuk pemula.
B- Panduan QUIC: Dari bangang kepada handal.
Minta tolong vote. A atau B.

No comments: