Pages

Thursday, March 06, 2008

Balik Kampung!!!! Horeyyyyyy!!!!

Hari ini aku akan balik kampung aku, Bandar Tenggara, Johor.

Kali ini, aku tak balik keseorangan, aku akan bersama-sama Stim untuk pulang ke Johor.

Perjalanan kami akan mengambil masa kira-kira 6 atau 7 jam, bergantung kepada keaadaan trafik, cuaca, dan stamina badan kami! Perjalanan ini, akau melalaui bandar/pekan berikut:-
1-Memulakan perjalanan dari Dungun
2-Paka
3-Kertih
4-Kijal
5-Kemaman
6-Cherating
7-Kuantan
8-Pekan
9-Rompin
10-Mersing
11-Kluang
12-BANDAR TENGGARA!!!

Kalau mengikut pengalaman aku, aku paling suka jalan Pekan-Rompin-Mersing. Jalan ni tak sibuk, tak banyak kenderaan dan suasana nyaman(jalan tepi pantai nih). Manakala jalan yang paling aku tak suka adalah jalan Mersing-Kluang-Bandar Tenggara. Jalan ni lori banyak gila. Dari sekecil-kecil "lori hantu" hingga ke sebesar-besar lori balak yang lebih muatan!

Sebenarnya, tujuan utama aku balik kampung hari ini adalah untuk MENGUNDI! Kali pertama nak mengundi nih. Masa pilihanraya 2004, aku tak dapat mengundi. Bukan sebab tak mendaftar, tetapi masa tu aku ada hal yang lebih penting dari mengundi!

Selain tu juga, leh gak aku jumpa orang tua aku, rasa masakan mak aku dan merasa durian dari kebun bapak aku (bapak aku adalah seorang penanam durian dan pisang yang berjaya!)

Aku juga bercadang untuk membeli kerepek sebanyak 50kg di Parit Raja, Johor.
Orang ganu: Wat mende mung nok beli kepek sapai 50kg. Mung nok wat mandi ke?
Aku: Jadahnya aku nak mandi kerepek. Aku nak jual kat terengganu nih la.
Orang ganu: Bok pe mung nok jual kat sini?
Aku: Diamlah ko! Banyak tanya pulak! aku tampar baru tau!
Orang ganu: Sori boh, sori ong the lori.

Apa-apa pun...selamat tinggal Terengganu! Johor....tunggu....aku akan cabar ko!!!!! (Macam cite KL Menjerit la pulak)

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin