Khamis, 28 Feb 2008
Taufik: Jam, ko balik Johor minyak kete ko brapa hengget ek?
Aku: Er...dalam 70 hengget
Taufik: Brapa kilometer tuh?
Aku: Erm...dalam 500 kilo lebih ah kot.
Taufik: Jeng...jeng..jeng (sambil menunjukkan sebuah botol ubat berwarna oren)
Aku: Kejadahnya ko jeng jeng kat aku
Taufik: Cuba ko pakai mende nih kat kete ko masa ko nak balik Johor nanti (sambil menyerahkan botol ubat kepada aku)
Aku: Kejadahnya nak bagi kete aku minum ubat.
Taufik: Tu bukan ubat la, itu cecair penjimat minyak
Aku: Ohw.... guane nok guno nih? (Cakap Terengganu skit)
Taufik: Bila tangki kete ko kosong, masuk semua cecair nih, satu botol. Pastu isi minyak sampai penuh
Aku: Ooooh...gitu jer. Leh jimat ke ni?
Taufik: Tah la, aku pakai kat Gen2 aku takde kesan pun. Try ah pakai kete ko, mana tau kete Iswara ko sesuai pakai nih
Aku: Nanti aku cuba la.
Khamis, 6 Feb 2008
Semalam lah tu. Aku isi minyak kat Paka, Terengganu. Mula-mula isi cecair penjimat minyak tuh, pastu aku isi minyak kete penuh.
Stim: Apa benda tuh?
Aku: Cecair penjimat minyak!!!! (Cakap ala-ala doreomon mengeluarkan barang ajaib dari saku ajaib beliau)
Stim: Leh jimat ke?
Aku: Tak tau la. Cuba try test jer nih
Stim: Brapa hengget tuh?
Aku: Free jer. Taufik bagi aku.
Kemudian perjalanan di teruskan melalui bandar/pekan berikut. Tetapi, bila sampai Kluang, aku mula risau. Sempat ke sampai Bandar Tenggara nih? Aku baru jalan dalam 425km, patut lebih kilometer boleh pergi ni (iklan Shell jap, walaupun aku guna minyak Petronas). Tapi, aku nekad je. Akhirnya, aku selamat sampai ke rumah mak bapak aku. Tapi yang nyata, cecair penjimat minyak tuh langsung tak menjimatkan!!!! Patutnya aku leh jalan sampai lebih 500km, nih baru 465km aku dah kena isi minyak balik. Isk..isk..isk
p/s: Moral: Hati-hati dengan penjimat minyak dipasaran
p/s/s: Sori Taufik, bukan niatku untuk memburukkan cecair penjimat minyak mu itu...
No comments:
Post a Comment