Aku memang penyokong BN-UMNO sebenarnya. Maklumlah, aku orang Johor kan, kubu kuat UMNO-BN. Tapi, pasti semua tertanya-tanya, sebab apa post kali ni tajuk dia "Padan Muka BN"?
Terus terang aku katakan, aku memang tak pangkah BN masa mengundi 8 Mac lepas. Bukan sebab aku penyokong parti pembangkang, tetapi sebab aku dah menyampah dengan UMNO-BN. Tapi nasib baik lah UMNO-BN menang kat tempat aku, Parlimen Tenggara dan DUN Panti.
Barangkali aku merupakan gambaran kasar trend pengundian PRU12 kali nih. Golongan muda dah tak pangkah BN!!! Rakan-rakan yang sebaya dengan aku pun kebanyakannya dah tak berapa suka dan tak berapa yakin dengan BN.
Barangkali juga ini disebabkan golongan muda lebih celik IT, jadi, kami lebih terdedah dengan blog-blog dan laman web pembangkang yang lebih terkini beritanya dan amat selalu dikemaskini. Berbanding laman web kerajaan BN, yang tak menarik, cepaian lembab nak mampos dan berita yang disiarkan terlalu lapuk.
Walaupun berita atau info di internet itu dikatakan oleh pemimpin BN merupakan fitnah semata-mata, tetapi, masakan pokok bergoyang kalau tiada angin? Ke"menyapah"an kami ini semakin tinggi kerana berita arus perdana (RTM, TV3, Berita Harian, Utusan) terlalu mengagung-agungkan kerajaan BN, dan terlalu memperlihatkan kejahatan pembangkang. Selalu juga ucapan-ucapan pemimpin pembangkang diputar-belitkan semata-mata bagi memperlihatkan kejahatan pembangkang!!!
Sebab lain kami menyampah dengan BN adalah kebongkakan pemimpin-pemimpin mereka. Terlalu yakin. Terlalu memperlekehkan pembangkang. Kalau sekali-sekala takpe la. Ni hari-hari dok TV3 dan mengatakan "pembangkang takde isu, kita boleh menang 2/3 dengan mudah, pembangkang cakap je pandai". Nah!!! sekarang tengok! Tak dapat pun majoriti 2/3, undi popular hanya lehih 0.28% dari pembangkang. 0.28% je bang... MIC, Gerakan, MCA tumbang dengan teruk! Pastu masih berlagak lagi tu... masih kata "pembangkang tak boleh laksanakan manifesto"....Erm... BN terlalu memperlekehkan orang lain.
Sudah-sudah lah dengan bodoh sombong tu. Wakil rakyat BN lepas ni mesti selalu turun padang. Mesti!!! Ni nak pilihanraya baru tercongok meraih undi. Aku tak pernah pun sekali bertentang mata dengan wakil rakyat UMNO-BN kat kampung aku. Tapi, banyak kali gak aku bersalam, dan gi kedai calon PAS tempat aku.
BN perlu berubah. UMNO terus berubah....
p/s: "Politics is harder than physics" ---- Albert Einstein
No comments:
Post a Comment