Wednesday, March 05, 2008

Satu Hari Di RHB Dungun, Terengganu

Huh....? Kisah satu hari lagi?
Huhuhuhuhu

Begini ceritanya...

Tadi, dalam jam 12.30 tengah hari, aku gi la RHB, nak masukkan duit ke akaun bersama, aku dan awek aku (nak kumpul duit kahwin!)

Tapi orang tak lah seramai kat pejabat pos Dungun aritu, aku tunggu dalam 10 giliran jer.

Sampai turn aku, aku hulurlah slip deposit wang dan duit RM300. Pastu aku hulurlah 50sen sebab aku buka akaun kat Kuala Terengganu, tapi aku nak masuk duit kat Dungun, jadi, kena cas skit la.

Aku respek ngan brader kaunter tuh (aku lupa ah nama dia) laju gile buat keje, lebih kurang 15saat je siut!!

Brader bank: Bereh bos!
Aku: Bereeehhhhhh....terima kasih bos!
(eh, dua-dua bos?)

Aku pun blah sambil tengok slip bank tuh. EH, RM299.50? MANA LAGI SERINGGIT? Aku pun terus ke kaunter brader tadi.

Aku: Bang, apsal jadi RM299.50. Sepatautnya RM300.50.
Brader bank: Aah la...silap nih. Patut awak tulis RM300.50, bukan RM300
(Aik? Aku yang disalahkan. Patut keje dia ah check menda tu. Sebab selama ni pun, kalau nak masuk duit, aku cuma tulis nilai yang SEBENAR, bukan nilai SEBENAR+CAS)

Brader bank: Jap ye, saya wat semula

Aku pun duduk, ushar usahar awek (dosa siut!)

Brader bank: En. Roshaizul Nizam!
Aku: Ye saya...
Brader bank: Nih dia (sambil serahkan slip), lain kali tulis betul-betul.
(Pergh....kena lagi siut! Nasib baik aku boleh sabo aritu, kalau tak dah lama aku sekolahkan brader tuh!!!!)

p/s: Moral: Periksa slip bank anda selepas melakukan urusan!

2 comments:

Anonymous said...

pejabat pos merlimau pon lembab...tp kat jasin,batu gajah cepat....

roshaizul said...

aku ada cadangan bagaimana untuk mempercepatkan keadaan di pejabat pos....

apa kata...kita buka pejabat pos kita sendiri!

huhuhuh