Thursday, September 04, 2008

Empangan Mengkuang

Errr..aku sebenarnya tak pasti nama sebenar empangan ni. Mengkuang? Mengkarung? Mentadak-mentadu?  Tapi, aku agak-agak empangan mengkuang lah kot.

Empangan ni terletak di Pulau Pinang, bersempadan dengan Kulim. Dekat la juga empangan ni dengan bandar Kulim, agak-agak dalam 20 minit rasanya. Kawasan empangan mengkuang ni memang lawa. Unik. Tenang je rasa bila lepak-lepak kat sini.

Sempat juga aku mengambil gambar pemandangan sekitar mengkuang dengan henpon "cap ayam" aku. 

Masa aku ambil gambo ni suasana cerah. Tah macam mana bila dah snap jadi mendung pulak suasananya

Amacam? Korang suka tengok gambo ni? Kalau suka sila lompat bintang 5 kali sekarang!!!

Sedang sibuk-sibuk Hazree dan Wan diambil gambar oleh jurukamera, aku pula mengambil gambar mereka? Jadi, siapa yang hebat sebenarnya???

Fuh, rasa nak tangkap jer ikan-ikan tu. Buat lauk. Jinak gila ikan kat sini. Tapi malangnya terdapat peringatan "Dilarang Memancing". Barangkali empangan mengkuang ni menjadi tempat pembiakan ikan kot...

4 comments:

Anonymous said...

wow! memang viewnya sgt superb.

ngk ikan tu teringat santuari kelah kat tasik kenyir.

ps: kalau hulur kaki, ikan tu boleh buat terapi urutan kaki tak?

roshaizul said...

huhuhuhu, tu ah, macam ket kenyir.

tak brani pulak aku nak hulur kaki, ngeri beb! huhuhuhuhu

en_me said...

bukan kat pulau yer, tapi kat seberang perai kannns.. thanks bro, for d info.. salammm

roshaizul said...

aah, kat seberang prai,

tapi masih dalam jajahan takluk pilau pinang