Saturday, June 19, 2010

Streamyx .... Erm...

Lama sudah aku melanggan perkhidmatan Streamyx dari Telekom Malaysia. Lebih setahun rasanya. Dengan kelajuan 384 kbps untuk bayaran sebanyak RM60, ia agak berbaloi pada aku. Lebih berbaloi dari Celcom broadband yang pernah aku pakai dahulu.

Sejak aku melanggan Streamyx, ini kali kedua aku mendapat ganguguan internet. Pada kali pertama, ia diselesaikan dengan "agak pantas", sekitar 2 hari. Aku tak berapa faham apa masalahnya. Barangkali ganguan di server Telekom.

Pada kali kedua, agak tertekan aku menunggu tindak balas dari TM. Masalahnya kecil sahaja aku kira, mereka telah ter"reset" password aku. Tapi, kerana koordinasi yang macam haram jadah antara bahagian khidmat pelanggan, bahagian teknikal dan ibusawat Dungun, masalah kecil itu kelihatannya amat sukar diselesaikan.

Aku kira sudah 4 atau 5 kali aku menelifon talian khidmat pelanggan - 100. Sebanyak itu jugalah aku menerima arahan yang sama dari bahagian khidmat pelanggan. Aku yang buta komputer ini mengikuti sahaja arahan yang telah diskripkan itu. Bila sambungan internet masih juga gagal mereka kata, mereka akan hantar juruteknik untuk mmbetulkan apa-apa yang tak betul. Janji mereka dalam tempoh 24 jam bekerja. Malangnya, setelah 3 kali janji 24 jam bekerja, masih tiada lagi juruteknik yang datang.

Aku mengambil inisiatif ke ibusawat Dungun  dengan membawa modem cap Riger. Mulanya, juruteknik di sana tidak dapat mengesan apakah masalahnya. Lalu, setelah beberapa panggilan dibuat, barulah mereka mengetahui bahawa password streamyx aku telah direset. Kemudiannya, mereka melakukan setting semula pada modem aku, lalu internet aku pun sudah boleh berfungsi seperti biasa.



Tapi, kekecewaan masih terasa kerana aku perlu membayar caj internet yang tidak berfungsi selama seminggu. Cis!

Tapi, ada hikmahnya juga. Buat pertama kali dapat aku melihat dan memahami bagaimana talian telefon dan internet berfungsi - secara kasar. Juga, aku dapat tahu bagaimana talian talifon dan internet di sambung dan di hubungkan.

2 comments:

ishaharom said...

sambil menyelam smbil minum air ni ijam...

tak penah aku masuk dlm tmpt gini...

yg kat perlis ni ok je. dlm tepon ckp ngan operator tu n dia janji akn ada technician datang. xsampai 3jam dah setel walaupun xtgk pon kehadiran diorang

roshaizul said...

yup, betul tu. tak ramai yang tahu bagaimana ibusawat berfungsi.

biasanya setiap talian telefon ada 2 wayar. in dan out. cuba bayangkan, jika ada 20,000 talian telefon daerah dungun, kau perlu ada 40,000 wayar. jadi, kelihatannya mereka di ibusawat amat teliti dalam aspek perlabelan. silap cucuk, masalah.