Sunday, October 10, 2010

Angkasa Lepas Lebih Dekat Dengan Johor

Hari ini angkasawan negara Sheikh Muszaphar Shukor berkahwin dengan pilihan hati beliau yang aku lupa apakah namanya. Sempat juga melihat siaran langsung di TV3. Sekonyong-konyong pengacara Majalah 3 yang jelita itu mengatakan "Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor telah ke ISS yang sejauh 300km menggunakan roket Soyuz"

Aku mula merasakan 300km itu tidaklah begitu jauh berbanding dengan jarak Dungun ke Bandar Tenggara, Johor yang menghampiri 500km. Hahahahaha. Dengan menggunakan kenderaan amfibia yang berkelajuan tinggi, dalam tempoh 8 jam aku boleh sampai di Bandar Tenggara dari Dungun.

Itu secara lojik matematik sahaja. Jika memikirkan aplikasi fizik dan geometri, aku hanya bergerak ke paksi - y sahaja, dan graviti menarik kenderaan aku ke paksi - z negatif. Ini membuatkan aku stabil dan tetap pada paksi - y. Manakala jika menaiki Soyuz, Sheikh Muszaphar Shukor perlu bergerak ke arah paksi - z positif dan pada masa yang sama perlu menentang graviti yang menarik ke arah paksi -z negatif. Ternyata perjalanan Sheikh Muszaphar Shukor jauh lebih sukar dan berkos tinggi.

Aku amat yakin akan ada yang tidak memahami apa yang aku tulis dalam post kali ini. Ini berkemungkinan mereka berfikir pada paksi yang berbeza dengan aku....

5 comments:

en_me said...

xper abang jam, me amat memahami.. ihihi

roshaizul said...

yeah, hanya jurutera yang memahami pelatih jurutera.

orangkayabertaqwa said...

aku kena baca tajuk tu 5 kali dgn 5 gaya yg berbeza baru boleh faham maksud tajuk. syabas ijam kerana buat aku terpaksa berfikir!

roshaizul said...

syabas!!!

Goldman said...

COD Pamp Suisse Lady Fortuna 10 gram.

Untuk harga emas jongkong dan lain-lain yang hebat sila hubungi kami di goldman999.9@hotmail.com.

Harga lagi murah daripada Habib, Poh Kong dan dealer2 lain. Bekalan antarabangsa.

Rebat tunai segera RM 1,000 hingga RM 1, 500.

Harga belian semula yang hebat.

Terima kasih.