Pages

Thursday, December 09, 2010

Warung Pau Gebu

Mersing. Antara bandar yang paling tidak berserabut di Johor. Terletak di pantai timur Johor, Mersing menawarkan pesisir pantai yang cantik dan panjang. Boleh dikatakan Mersing dan pantai adalah sesuatu yang sinonim. Seringkali, warga Johor yang mempunyai cuti singkat, akan ke Mersing untuk melihat pantai dan melegakan tekanan kerja. Ahhh...lupakan sahaja cerita pantai. Kerana aku di Dungun amat kerap melihat pantai.

Ramai yang tidak tahu, ada satu gerai tepi jalan yang menjual pau sebagai menu utama. Terletak di Sri Lalang, Mersing, gerai tersebut hanya kira-kira 2km dari bulatan 50sen bandar Mersing.


Boleh dikatakan gerai tersebut sentiasa penuh setiap kali aku melalui Mersing tatkala ingin pulang ke Bandar Tenggara dari Dungun atau dari Dungun ke Bandar Tenggara.


Gerai tersebut ada juga menyediakan masakan panas, tetapi majoriti pengunjung memesan pau sebagai menu utama mereka. Inti pau di gerai tersebut biasa sahaja. Sekadar inti yang klise dan biasa seperti kacang, kaya dan kelapa. Tetapi, adunan tepung pau yang "cara" memang menambat selera. Jika sekadar memakan pau tersebut tanpa inti, kau akan tetap merasai kenikmatannya. Dengan harga 70sen, aku kira ia cukup murah berdasarkan kesedapan dan saiz paunya.


Akan tetapi, yang menjadi misteri, memakan pau tersebut sebanyak 4 biji masih belum mengenyangkan aku. Hermmmm.....

1 comment:

orangkayabertaqwa said...

apa yg kau hairankan?
aku yg akan hairan kalau baru 4 biji kao makan kao dah kenyang!!!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin