Pages

Wednesday, December 15, 2010

Awal Muharam, Pawagam dan Ngangkung

Hari minggu lepas, pada cuti awal Muharam, aku dan Pn. Nurul merasa kebosanan duduk di rumah. Lalu, kami memutuskan untuk bersiar-siar sepanjang hari itu. Memandangkan sudah sangat kerap bersiar-siar di Dungun, kami merasakan amatlah wajar untuk kami bersiar-siar menghala ke selatan; tapi, tidaklah sejauh ke Johor.

Destinasi pertama, pawagam TGV di Mesra Mall. Kami sampai di sana agak awal, seawal jam 11 rasanya. Sebenarnya, lebih nyaman menonton wayang pada awal hari, orang tak ramai dan suasana tenang. Akan tetapi, pawagam tersebut tutup mulai jam 4.30 petang semalamnya hingga 2.30 hari selasa itu bagi menghormati Awal Muharam.

Lalu, aku terus sahaja ke kedai buku Popular di dalam Mesra Mall itu. Aku merasakan kedai buku Popular di situ amat bersepah susun aturnya. Juga, buku yang ada di situ agak ketinggalan rasanya. Puas membelek, sempat aku menyambar novel Bumi Cinta. Sebuah adikarya aku kira.

Puas meliau di Mesra Mall, kami lantas ke pantai Kemasik. Melahu di situ hingga waktu Zuhur tiba. Dan kami kembali ke Mesra Mall untuk solat dan makan tengahari. Menjelang jam 1.30, kami menuju ke hadapan pawagam TGV yang belum dibuka. Sekonyong-konyong sudah ada yang menunggu. Owh!



Beberapa ketika kemudian, pintu pawagam di buka dan aku dengan hikmat meringankan badan tahap kelima telah mengambil gambar dan terus ke kaunter pembelian tiket.


Akhirnya, dapat juga membeli dua tiket ngankung.

Menoleh ke belakang, barisan nasional menjadi semakin panjang.


Dalam pawagam, kerusi penuh. Hinggakan pada kerusi baris hadapan sekali pun ada pembeli tiketnya.

Ternyata cerita ngangkung memang menghiburkan. Juga, sangat banyak mesej yang disampaikan. Kau akan dapat tangkap mesej itu jika kau berfikir dan tidak hanya ketawa tatkala menonton filem itu

*gambar diambil dari http://profhariz.com/

Review filem tersebut kau boleh tengok di  http://profhariz.com/2010/11/filem-ngangkung/

Moral dari filem tersebut:-
1- Jangan main judi. Haram. "Kalau nak tembak jangan tembak ekornya!". Kau tak akan kaya dengan main nombor ekor. Aku pernah mengemukakan teori kebarangkalian di sini
2- Dah la main nombor ekor. Kemudian ngangkung puja syaitan. Dua kali dosa.
3- Dosa ketiga, tipu bini yang tak tahu suaminya ngangkung

Ada juga sub-plot yang memberi pengajaran
1-Jangan gugurkan bayi. Ngeri oooo.
2-Jangan simpan perempuan simpanan. Bila perempuan tu mengandung no1 di atas akan terjadi.
3-Jangan pinjam along. Nanti kena belasah.

Eh, panjang la pula post kali ni. Aku rasa ini post paling panjang dalam blog ini. Hahahahaha. Tahniah kerana kau berjaya membaca sehingga habis. Jika kau baca post ini melalui Facebook, klik "Like" kalau kau suka post ini. Yeah!

p/s: Kepada pelajar Lukisan Terbantu Komputer (J3007) SKM4 semester Dis10, aku minta maaf kerana tidak memuat naik lagi nota J3007 seperti yang dijanjikan. Fail yang ada aku telah rosakkan. Proses mengganti fail yang rosak sedang dilakukan. Harap maklum.

1 comment:

orangkayabertaqwa said...

syabas saing! aku suka kao tulis panjang sikit dari biasa. tapi jgn sampai jadi novel adikarya.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin