Pages

Wednesday, December 15, 2010

Aiiiyaaa, wa talak jual la satu keping

Apabila pulang ke Johor, aku jarang sekali pergi bersiar di bandar-bandar yang ada di Johor. Lokasi Bandar Tenggara di tengah-tengah ladang kelapa sawit dan berjarak 40km dari bandar terdekat menyebabkan aku lebih selesa bersiar-siar di Bandar Tenggara sahaja. Juga, tidak seperti di Dungun atau Bandar Tenggara, kau harus membayar caj parking apabila kau memakir kereta kau di mana-mana bahagian di bandar-bandar utama di Johor.

Sebenarnya, caj memakir kereta di Johor tidaklah semahal mana, hanya 60sen sahaja sejam. Akan tetapi, untuk mendapat tiket parking adalah satu perkara yang sukar; aku kira. Aku, sebagai anak jati Johor kadang kala tercari-cari kedai yang menjual tiket parking; walaupun aku agak biasa dengan bandar tersebut. Aku dapat membayangkan kesukaran orang yang pertama kali sampai di Johor, owh!



Juga, sesetengah kedai agak perengus dan tidak mesra apabila aku hendak membeli hanya sekeping tiket parking. "Aiiiyaaa, wa talak jual la satu keping. Lu kalau mau lu kena beli satu buku. Lu mau lu angkat, tak mau lu peligi cali lain kedai maa."

"Bangsat". Getus hati aku.

Pernah satu ketika pada hari Ahad, aku tiba di bandar Segamat. Lantas aku segera mencari kedai yang menjual tiket parking. Bila berjumpa kedai yang menjual tiket parking, seperti biasa aku akan meminta untuk membeli sekeping tiket parking.

"Wa talak jual tiket"

"Dah tu kat luar tu ada tulis kedai ni ada jual?" Balas aku, sedikit keras nadanya.

"Wa caikap wa talak jual, talak ley...."

"Bangsat". Rengus aku, antara dengar dan tidak. Perbualan aku barangkali didengari oleh kedai rempah berhampiran. Lantas Mat Bangla menegur aku dan menyatakan "Abang kacak ini hari parking free juga". Aku tak percaya cakap Mat Bangla tu. Dengan nada sedikit mencemuh aku menjawab "Ye ke?"

Lantas tauke kedai berbangsa India dengan ramah membalas "Betul la bang, hari Ahad dan cuti umum memang tak payah beli tiket parking. Parking je". Aku kagum. Fasih India ini cakap Bahasa Melayu.

"Terima kasih bos". Lantas aku bersalaman dengan tauke kedai. Juga dengan Mat Bangla. Tiba-tiba Mat Bangla itu bertanya "Abang gagah tarak mau beli rempah kah?" Aku menjeling ganas pada Mat Bangla. "Ok abang. Sorry ye".

Kebanyakan kedai di Johor menjual sebuku tiket. Tapi, ada juga kedai yang bermurah hati turut menjual satu keping tiket. Tapi harganya 70sen.

Aku sebenarnya aku amat suka Majlis Perbandaran Kuantan (MPK). Di Kuantan, sama juga di Johor, pemandu perlu mendapatkan tiket parking sebelum memakir kenderaan. Tapi, menariknya, biasanya terdapat pondok yang dijaga oleh kakitangan MPK yang menjual tiket parking pada harga 45sen/sekeping tiket/jam.



Tapi, aku lebih suka sistem parkir di Kuala Terengganu. Kau parkir kereta, dan masukkan syilling ke dalam tiang yang terletak berhampiran kereta kau. Kadarnya 10sen bagi 10 minit. Fleksibel dan memudahkan. Tidak seperti di Johor atau Kuantan, aku perlu membayar untuk harga sekurang-kurangnya setengah jam walaupun aku hanya memakir untuk 10 minit. Juga aku tidak perlu tercari-cari untuk membeli tiket parking.

Tapi yang terbaik di Dungun. Tak payah bayar parkir. Hahahahahaha!

3 comments:

orangkayabertaqwa said...

dah lama betul aku tak balik bandar tenggara. aku hanya akan ke sana bila pilihanraya... tlg undi untuk bapak... hehe....

Sembang Hari2 said...

Salam..

Ijam, lama betul aku tak pergi johor.. Doakan aku dpt pindah semenanjung, dan boleh aku pg jalab2 ke johor..

Ko buat tiket parking ni teringat aku dekat kereta shimi yang kena saman parking dekat batu pahat sebelum kita pergi praktikal dekat POLISAS.. huhuhu..

Ijam, kalau berminat jom lah join contest dekat blog aku..

Tq

orang dungun said...

suka blog ko ni.... bagus.!!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin