Isu terkini, berkenaan kenaikan harga gula. Kalau dengar Buletin Utama TV3, harga gula di Malaysia adalah antara yang terendah setakat ini, RM2.20, mahal 1 sen dari harga gula di Thailand. Macam biasa, TV3 akan bermati-matian mempertahankan kerajaan (Barisan Nasional), walaupun kadang-kala tindakan kerajaan ini kelihatan jelik, pelik dan canggung.
Kalau kau baca media alternatif Pakatan Pembangkang, pastinya isu ini menjadi modal menghentam kerajaan.
Jujur, aku menyokong tindakan kerajaan menaikkan harga gula secara mengejut ini. Sebab:-
1- Kalau kerajaan memberi tarikh sekian hari bulan baru harga naik, pastinya aka ada pemborong yang tamak akan menyorok bekalan.
2- Pastinya juga akan pembelian panik. Kalau biasanya beli gula sekilo, sebab panik beli 10kg! Bermakna, perlu ada stok 10 kali ganda.
Dua sebab itu akan menyebabkan kepanikan di seluruh negara? Kita juga yang rugi. Peniaga yang tamak juga yang untung.
Jadi, macam mana nak atasi masalah harga gula naik ini?
"Kurangkan manis dalam minuman, tambahkan manis dalam senyuman!"
Pengiraan ringkas.
Katakan kau guna gula sebanyak 20g sehari.
Jadi, bagi 1kg (1000g) kau boleh habiskan dalam tempoh 50 hari. 1000/20 = 50.
Harga lama gula RM2.10. Jadi, sehari kau membelanjakan 4.2sen untuk 20g gula. [2.10/1000]x20 = 0.042
Oleh itu, aku cadangkan kau belanjakan juga 4.2sen sehari untuk gula, tapi kurangkan sikit kuantitinya.
Harga baru gula RM2.30.
[0.042x1000] / 2.30 = 18.26
Jadi, kau gunalah gula sebanyak 18.26gram sehari. Beza setakat 1.74g mana ada rasa beb.
Yang aku hairan, orang paling kaya di Malaysia adalah tauke gula. Agaknya, dia kaya dengan subsidi kot. Hahahahaha
5 comments:
dorang ni pelik jugak tak prihatin dgn masalah dunia. igt gula tu jatuh dr langit ke apa. skrg ni kan musim bencana, sana sni bencana.
last year bawang, india pakistan teruk kena banjir tak dpt export bwg. naik harga bwg mengamuk salahkan kerajaan? la ni gula pulak tak ckup. dia tak igt ke last year dan last2 year philipina teruk kena ribut habis tanaman rugi berbillion2 juta?
kalau bahannya tak ckup di market antarabangsa, dah sememangnya harga benda tu naik.
p/s aku minum air suam je pun
tu la psal. nak bangkang, jangan bangkang bodoh je. bangkang pun kena ada ilmu. :-)
tapi kena bijak jugak dalam menilai apa yang berlaku... berapa banyak syarikat gula di Malaysia?
kenapa tauke gula di Malaysia .. orang cina?
kalau nak banding dengan harga gula di negara jiran sekitar malaysia kita lagi murah.. tapi tak tanya ke berapa harga makanan dan minuman di sana banding dengan Dungun atau Malaysia amnya...?
pasal harga barang fikirkanlah juga mereka yang dhaif di 'darat' sana' mereka yang susah di 'hulu' sana... rata rata mereka adalah orang kita ..
fikir-fikirkanlah...
untuk octo...jangan kata mereka tak prihatin maslah dunia... maslah anak beranak juga perlu fikir... pandang dalam rumah sebelum hendak ke luar rumah.. jangan kera dihutan disusukan anak dirumah mati kehausan...
sekadar peringatan bersama...
wah betul la.kau pun sependapat dengan aku.bagus la blog kau,luaran kosong je tapi isi kandungan bermanfaat dan menarik.
Senang2,bolehla jenguk blog aku juga maklumlah baru berjinak dengan blog ;) Jadi kalau ada komen membina mmg aku alu-alukan.Terima kasih
p/s: aku org dungun belajar di uthm
malaysia nie habis duit pendapatan negara untuk subsidi je. saya sokong kerajaan nak kurangkan subsidi. kita kena terima hakikat yang harga barang tak kan selamanya murah. sudah tiba masanya rakyat belajar untuk tidak terlalu bergantung kepada bantuan subsidi. tapi tak perlula hapuskan terus mcm singapura.
tapi..bukan smua rakyat berpendapatan tinggi bukan?? jadi, tu terpulang ngn kerajaan la nak pikir mcm mana untuk bertindak bijak. Pak Najib (x sesedap nak sebut berbading Pak Lah) kita kan berlatar belakangkan ekonomi.. so pikir la untuk yang terbaik.
Post a Comment