Pages

Wednesday, May 18, 2011

Bukit Bauk

Kalau kau di Dungun, untuk bersenam, aku cadangkan kau panjat sahaja Bukit Bauk. Bukit Bauk terletak kira-kira 1km dari Politeknik Dungun.

Kalau kau sukar untuk membayangkan bagaimana rupa paras Bukit Bauk itu, kau boleh imbas kembali post aku mengenai Bukit Besar di Kuala Terengganu. Ataupun lebih mudah kau boleh tengok gambar di bawah.












Jujurnya, aku tidaklah sekerap mana mendaki Bukit Bauk. Jika kebun belakang rumah dah bersih, daun luruh di depan rumah dah tiada, kereta sudah berkilat atau jamban rumah aku sudah bersih, aku akan mendaki Bukit Bauk. Pada waktu petang selepas kerja.

Jujurnya juga, aku hanya sekali sampai ke puncak Bukit Bauk. Itu pun sudah lama dahulu, tahun 2008 aku kira.

Mendengar ayat di atas, pasti ada pertanyaan yang klise. "Apa barang naik Bukit Bauk tak sampai puncak".

Jujurnya, aku memang tak mampu untuk mendaki ke puncak Bukit Bauk. Dengan berat lebih 100kg, kemampuan aku amat berbeza dengan orang yang berat 65kg. Hahahahaha.

Tapi, aku memang ada target untuk tiba ke puncak Bukit Bauk dalam tempoh setengah jam. Sebab, mendaki pada waktu petang, aku dihambat oleh masa. Biasanya, aku akan mula mendaki Bukit Bauk pada jam 5.45 petang. Kira-kira setengah jam selepas itu aku akan turun, tidak kira aku berada di mana. Biasanya aku akan turun dengan mengambil masa kira-kira 20-30 minit. Jadi, 6.45petang biasanya aku sudah berada di bawah Bukit Bauk dan biarkan tenang kira-kira 10minit. Jam 7.10 biasanya aku akan sampai di rumah.

Juga, aku tak larat untuk jogging tatkala mendaki Bukit Bauk. Hanya berjalan sahaja boleh melelahkan aku. Huhuhuhuhuhuhu.

Tapi, awas ye. Pernah aku terjumpa ular dan lipan tatkala mendaki. Ada juga pengunjung yang mendakwa terjumpa kala jengking sebesar tapak tangan lelaki dewasa di Bukit Bauk!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin