Friday, May 20, 2011

Karipap yang gebu

Suatu hari Pn. Nurul bertanya kepada aku.

"Abang! Macam mana nak buat karipap?".
Aku menjawab. "Entah".
"Eh, dulu Abang kata abang pandai buat karipap", balas Pn. Nurul.
"Err...intinya Abang tak berapa tahu. Kulitnya tahu la", aku menjawab.
"Macam mana?", tanya Pn. Nurul

"Panaskan majerin. Dah panas dan cair, curah ke dalam tepung gandum. Tunggu sejuk sikit. Kemudian gaul rata. Nak tahu rata atau tak, tepung akan jadi kuning sikit. Kemudian, curah air yang bercampur garam. Uli sampai terbentuk doh."

"Sukatannya?", Pn Nurul tanya lagi.
Aku: "Errr.... kan ada senarai resepi yang Abang print dulu"

Kami pun selak senarai resepi tersebut. Pada bahagian "Karipap Mudah", sukatannya adalah seperti berikut;
-Tepung gandun 500gram
-Majerin 1 cawan
-Air secukupnya
-Garam secukup rasa.

Lalu kami memutuskan untuk membuat separuh dari kuantiti di atas, dan menggunakan inti sardin sahaja.





Sebetulnya, aku tahu serba sedikit membuat kuih-muih. Pernah dulu aku bantu mak aku buat dan jual kuih. Tapi, sekarang dah tak berapa mahir. Sebab lama dah tak buat kuih. Hahahahaha. Tetapi, memandangkan harga kuih di Dungun sudah mencecah RM2 untuk 5 biji sekali suap, aku rasa sangat efisyen dan jimat jika membuat kuih sendiri.

2 comments:

orangkayabertaqwa said...

apalagi jam...

norul kau tu buat banyak2, kau bawak la ke poli..

2 singgit 2 singgit.. (gaya Mail dlm citer upin-ipin..)

mesti laku punyer...

nuargto said...

Pandai ko buat karipap Ijam.. Nanti sampai dungun aku calling-calling ko..

Nak merasa kuih karipap yang ko buat.. Masa dekat Parit Raja ko tak pernah cerita pun ko pandai buat Karipap..

Kalau kita orang tahu ko pandai buat karipap dah lama kita orang suruh ko buat..

Entri Terkini Di Blog Saya:
Bagaimana Untuk Mengundi Blog Pilihan Anda??
Tips Blogging: Semak kelajuan “Loading Page” Blog Anda