Sunday, June 12, 2011

Dungun dan bonggol tidak dapat dipisahkan

Seperti isi dengan kuku.
Bagai aur dengan tebing.
Seperti gunting dalam lipatan

Barangkali perumpaan di atas boleh dikaitan dengan kewujudan bonggol yang semakin banyak di Dungun. Di mana-mana sahaja aku akan menjumpai bonggol. Hatta di jalan kampung yang muat-muat sebuah kereta kancil pun, ada bonggol yang dibuat dari tali kapal.

Dari pandangan kejuruteraan automotif, kewujudan bonggol yang banyak boleh menjadikan kadar penggunaan bahan bakar menjadi tidak efisyen. Ini kerana, kereta memerlukan momentum semula selepas ia perlahan akibat aktiviti mem"brek" bagi mengurangkan impak bonggol. Pembinaan momentum akan meningkatkan kadar penggunaan bahan bakar.

Dari segi sosial, pertambahan bonggol pasti berkadar malar dengan pertambahan jumlah mat rempit. Pasti dengan kewujudan bonggol, mat rempit akan lebih bersantun di jalan raya. Tapi, bukan hanya mat rempit, pengguna jalan raya yang lain juga akan lebih santun tatkala melalui jalan berbonggol.

Tapi, secara jujurnya, sebagai pemandu yang memandu pada kelajuan siput babi, aku amat tidak gemar kewujudan bonggol.







3 comments:

marinahunny said...

hahahaha ingt ambe je yg perasan...mmg banyak giler...

Wahanawangsa said...

Sangat setuju.3 gambar plg ats ialah jln rumah aku,tak sampai 5 minit kena brek lagi sebab bonggol bsr.Tekanan jiwa kalau tiap2 ari mcm ni!

orangkayabertaqwa said...

sebelum en kipas tertekan, brek kete tu awal2 lagi dah tertekan.. siap2 duit la nak tukar brek pad & absorber...