Monday, December 19, 2011

Pulau Pinang 7: Jeruk Buah Pala Aishah

Selepas bersuka ria di Taman Perbandaran Pulau Pinang, kami ke Pasar Chowrasta, ingin membeli jeruk barang sekilo dua. Kami tidak masuk ke Pasar Chowrasta, hanya menuju ke kedai Jeruk Buah Pala Aishah di lorong sebelah pasar itu.






Menariknya, di simpang masuk lorong, ada seorang pekerja kedai jeruk itu memanggil pengunjung supaya ke kedai jeruk itu. Teknik tersebut kelihatan menjadi!

Menariknya di kedai Jeruk Buah Pala Aishah, kau boleh mencuba semua jeruk yang dijual. Kalau kau kaki jeruk macam Pn. Nurul, pasti kau terliur. Aku? Memang tak tertarik pada jeruk dan benda masam. Rasa macam tengok siput babi je. Hahahahahaha

Sementara menunggu Pn. Nurul siap membeli jeruk, aku sempat berbual dengan pakcik yang berdiri di simpang masuk yang dok panggil pelanggan. Panjang juga yang dibualkan. Tapi, intipatianya adalah, Pakatan Rakyat berjaya mentadbir Pulau Pinang dengan baik. Bukan aku cakap. Pakcik yang duduk di simpang masuk itu yang cakap. Huhuhuhu.

Mulanya aku menyangkakan Aishah membuat sendiri jeruk buah pala dan jeruk-jeruk lain yang dijual di kedainya. Tetapi, Aishah membeli dari kilang. Kilang mana? Aku tak tahu. Tapi menurut pakcik di simpang masuk itu, amat tidak berbalai untuk membuat sendiri jeruk. Kos tinggi katanya.

Apa-apa pun, selamat maju jaya untuk Kedai Jeruk Buah Pala Aishah!

2 comments:

Anonymous said...

fyi makcik yang melayan di kedai Aishah jeruk agak kurang ajar dan tergesa-gesa nak membungkus sehingga dia seal tidak rapat,bocor. Buah jeruk pula terlalu kuat ubatnya,batuk tak berhenti. Lagi baik beli di Nasir jeruk,lagi sedap.

Anonymous said...

aah betul la nasir jeruk lagi sedap....layanan pn bgus drpd aishah....