Pages

Saturday, February 16, 2013

Sup belut Dungun

Lama tak makan sup belut. Slurrrpppp!

Tempoh hari, kerana Pn. Nurul keletihan sebab menjadi co-pilot dari Bandar Tenggara ke Dungun, lalu kami memutuskan untuk makan malam di kedai sahaja. Memandangkan mood cuti masih lagi terasa di Dungun, lalu, banyak kedai makan tutup di Dungun.

Kami lalu di Jalan Lapangan Terbang. Lalu terjumpa kedai ini. Rezeki.



Nampak biasa sahaja. Tapi, ia menyajikan masakan panas dan juga sup. Bukan sup semalam atau minggu lepas. Sup yang dibuat memang fresh, on the spot dia buat, ala-carte. Ada pelbagai jenis sup. Antaranya sup perut, sup daging, sup tulang dan tidak ketinggalan sup belut!

Kuah sup dia memang terbaik! Masam, manis, pedas dan berempah. Memang pekat! Sangat sesuai dengan belut yang diletak di dalam sup itu. Slurrppp!



Selain sup, belutnya boleh juga dimasak paprik atau kunyit. Lain kali nak cuba yang tu pula!

Owh, lupa nak beritahu lokasinya. Kalau kau dari jalan besar Kuantan-Kuala Terengganu, ambil jalan ke UiTM Dungun. Lepas bulatan stor JKR, ada sebuah kedai makan di sebelah kanan. Berkembar dengan kedai runcit. Cubalah!


2 comments:

Anonymous said...

Excellent web site. A lot of helpful information here.

I'm sending it to a few friends ans also sharing in delicious. And obviously, thank you on your effort!

Visit my blog; how to buy a car with bad credit

Al-Manar said...

Pakcik langsung tak dapat makan belut, apa pun masakan nya. Saya banyak terima catatan seperti diatas. Buangkan saja. Sungguh banyah spam macam ini sekarang.

Datanglah jengok keAlamanmr jarang sekali. Dan kalau diKT beritahulah. Boleh juga singgah dan sembang2

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin