Pages

Thursday, July 03, 2014

Ayuh Bank Islam

JDT menang Liga Super 2014.

Ayuh Merah Biru,
Luaskan Kuasamu,

* Tukar lirik

Ayuh Bank Islamku
Luaskan Servismu!

-------

Aku pakai perkhidmatan Bank Islam agak lama. Semenjak aku kerja aku membuka akaun Bank Islam. Selepas beberapa tahun, aku pakai kad kredit Bank Islam dan kad itu adalah satu antara dua kad kredit aku yang masih kekal.

Baru-baru ini Bank Islam meningkatkan kualiti perkhidmatan atas taliannya. Web baru yang menarik dan mesra pengguna. Tidak seperti web lama yang agak ketinggalan. Tahniah!

Aku menggunakan Bank Islam untuk membayar semua bil aku secara atas talian. Adanya web baru ini, ia lebih memudahkan. Namun, ada satu semacam sidikit kesilapan pada web bahagian pembayaran bil Syarikat Air Terengganu.

Aku menelifon khidmat pelanggan bagi memberitau masalah tersebut supaya perkhidmatan dapat dipertingkatkan. Malangnya, aku mengambil masa lebih 10 minit untuk bercakap dengan pegawai khidmat pelanggan yang sibuk. Fuh!



Kemudian, pegawai tersebut pening dengan masalah tersebut. Beliau berkata, bil boleh dibayar melalui telefon/tablet dengan memuat turun aplikasi Bank Islam.

Aku muat turun. Cis! Terkena aku. Itu aplikasi informasi sahaja. Mana boleh buat pembayaran. Rugi bil telefon dan masa aku sahaja! Hohohoho

Aplikasi itu hanya memaparkan antaranya lokasi bank, waktu solat, kalkulator dan yang terbaik doa harian.



Kalau orang Bank Islam baca post ini, diharapkan kau boleh memberitahu bos besar kau supaya meningkatkan lagi mutu perkhidmatan. Pada pandangan aku, Bank Islam agak ketinggalan berbanding bank lain. Kemonlah kawan, kau orang bawa nama Islam, jadi, kena buat yang terbaik ya!

Dalam kes aku, Bank Islam boleh menambah bilangan pegawai khidmat pelanggan. Kesian pada yang ada, asyik sibuk memanjang. Juga, aplikasi telefon pintar tu bagi canggih lagi ya. :-)

2 comments:

Asrul SCNC said...

hehehe.. Tapi betul kan. Bukan orang Islam saja nak pakai BIMB, bukan islam pun ada juga pakai BIMB, macam kat kolej saya dulu duit loan masuk dalam akaun ni..

Saya download apps BIMB tu dalam IPhone saya, tapi kebanyakan ada doa dan waktu solat je. Selain tu cuma ada ATM locator je.

Tak profesional.

roshaizul said...

Tu la pasal. Patutnya ,mereke perlu lebih kehadapan berbanding bank lain

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin