Monday, January 08, 2018

Kunang Pesisir Morten

Lama aku perasan buku ini di kedai-kedai buku. Banyak juga komen-komen positif mengenai buku ini. Tapi, aku masih tak tergerak hati untuk membeli.

Setelah dua tahun buku ini di pasaran, akhirnya aku beli buku ini. Kesimpulannya , ini novel sedap.
Kisah ini mengenai Diya, budak perempuan 9 tahun, yang diceritakan oleh Adi. Cerita berlatar belakangkan Kampung Morten di pesisir Sungai Melaka pada tahun 1980-an.

Ini cerita bagaimana budak berumur 9 tahun merapatkan jurang kaum dan kampung.

Ini cerita bagaimana budak berumur 9 tahun berusaha gigih mendapatkan apa yang dihajatinya.

Ini cerita bagaimana budak 9 tahun lebih berhati mulia berbanding orang dewasa yang pendek akal.

Ini cerita bagaimana budak 9 tahun ada kebolehan menyelesaikan misteri dan masalah.

Ini bukan sembarangan cerita pasal budak 9 tahun. Ini cerita yang sedap pasal budak 9 tahun.

Banyak kedai buku yang dah tak jual buku ini. Stok habis. Tapi, cuba kau tengok pautan ini, manalah tahu ada stok lagi di atas talian.
http://bit.ly/KunagPesisirMorten

Itupun kalau kau nak baca buku ini. Kalau tak, kau tutup terus blog ini dan teruskan kehidupan kau macam biasa

.

No comments: