Selain dari Pasar Siti Khadijah, Pangkalan Kubur dan Rantau Panjang yang jadi tumpuan untuk beli-belah di Kelantan, kini ada lokasi baharu.
AEON Mall Kota Bharu di Lembah Sireh.
Walaupun besar dengan tempat letak kereta yang luas, datang ke AEON Mall Kota Bharu pada petang cuti umum, agak melemaskan.
Ramai sungguh orang. Sangat hingar.
Namun, ia umpama gula. Sedap dihurung.
Dan aku dan Pn. Nurul juga menjadi sebahagian semut itu pada petang Hari Natal yang lalu.
Saja melihat tempat dan gelagat orang. Sempat membeli beras perang, 2 buah buku dan beberapa helai baju lelong.
Setiap tingkat kami naik. Dan tatkala bersiar-siar membunuh masa, kami terlihat kedai https://www.facebook.com/MeeTarikMalaysia/
Melihat pelanggan menyedut mee sangat mengujakan kami. Tanpa berfikir 2 kali, terus kami masuk kedai itu.
Meenya dibuat segar. Bila kau buat pesanan, barulah meenya dibuat. Doh gandum di tarik-tarik sehingga menjadi mee.
Kami pesan mee yang entah apa namanya. Aku pesan mee yang rupa paras macam mee goreng basah. Manakala Pn. Nurul pesan mee yang rupa macam mee sup kicap.
Aku juga pesan air babao. Air campuran teh hijau, teh bunga, gula batu, kurma dan beberapa bahan lain. Manakala Pn. Nurul meminta air yang ada juga dijual ditempat kerja beliau. Nescafe ais.
Mee dia rasa lain macam sikit. Ialah, tekak jawa aku mana biasa makanan cina. Tapi, ia tetap sedap!
Semangkuk dia punyalah besar. Namun berjaya juga aku habiskan, sekali dengan mangkuk Pn.Nurul. Hasilnya, aku kekenyangan. Rasa nak mengesot sahaja menuju ke kereta.
Sebelum telefon aku ini hang sebab banyak sangat menaip, ada baiknya aku habiskan post ini di sini.
Dan, aku belanja gambar sahaja untuk kau.
Itu dia. Mee aku sedang ditarik. Aku percaya, penarik mee itu di datangkan khas dari China. Lain betul gayanya berbanding dengan cina Malaysia.
Ini meenya. Semangkuk tu boleh 3 orang makan seadanya. Kalau makan 2 orang kenyang. Kalau makan seorang, kenyangnya boleh bawa sehingga esok.
No comments:
Post a Comment